Man City hampir julang piala

Liverpool: Manchester City semakin hampir untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila Ilkay Gundogan menjaringkan dua gol ketika meraih kemenangan 3-0 ke atas Everton, hari ini.

Anak buah Pep Guardiola mendahului empat mata berbanding Arsenal, yang akan beraksi di halaman sendiri menentang Brighton, dengan kedua-dua pasukan masih berbaki tiga perlawanan lagi.

Perbezaan gol yang diungguli City bermakna lima mata daripada baki perlawanan mereka berkemungkinan sudah cukup untuk mengesahkan kejuaraan liga kali kelima dalam tempoh enam musim.

Everton pula kekal hanya satu mata di luar zon penyingkiran dan berpotensi menduduki kelompok tiga tercorot jika Leicester menewaskan Liverpool, Selasa ini.

Berbeza dengan The Toffees, City masih berada di landasan untuk meraih kejuaraan treble dengan fokus mereka selepas ini adalah perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Real Madrid, Khamis ini.

Guardiola melakukan empat pertukaran daripada pasukan yang seri 1-1 ketika bertemu Real pada separuh akhir pertama dengan John Stones, Bernardo Silva, Kevin De Bruyne dan Jack Grealish diletakkan di bangku simpanan.

Gundogan menjaringkan gol pada minit ke-37 dan 51 manakala satu gol lagi disumbangkan oleh peledak berbisa mereka, Erling Haaland minit ke-39.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker