‘Ayah Sudah Ceraikan Fyna Jebat’
Sebelum ini, penyanyi, Fyna Jebat menjelaskan hubungan tegang yang berlaku antara dia dan madunya, Datin Zalina Zaini sudah pun berakhir apabila mereka berdua memutuskan untuk berbaik.
Bagaimanapun, baru-baru ini seorang wanita yang dipercayai anak kepada Zalina dan Datuk Zainal Abidin bernama Zahira Aisyah mendakwa bapanya itu telah pun menceraikan isteri keduanya, Fyna.
Malah, Zahirah turut menafikan dakwaan yang mengatakan ibunya dan adik kepada penyanyi popular, Ayda Jebat itu sudah kembali berbaik.
Kenapa perlu post balik cerita empat bulan lepas? Also, ibu saya tidak pernah berdamai dengan sesiapa dan kenyataan ini tidak benar.
Dan untuk pengetahuan, ayah saya sudah pun menceraikan Fyna Jebat. Harap delete cerita ini. Terima kasih.
Zahirah memaklumkan perkara itu selepas meninggalkan komen pada ruangan balas sebuah portal tempatan yang menyiarkan semula cerita ibunya dan Fyna sudah berdamai.
Pun begitu, sejauh mana kesahihan dakwaan yang dikeluarkan Zahirah terus menjadi tanya dalam kalangan warganet.
Terdahulu, Zalina dan Fyna didakwa mempunyai hubungan yang kurang baik selepas penyanyi itu dikatakan menjadi punca bergolaknya rumah tangga Zalina dan suami.
Malah, Zalina dan Fyna pernah terbabit dalam satu pergaduhan di sebuah restoran di Seksyen 9, Shah Alam, Februari lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan mengenai kejadian itu selain memaklumkan kedua-dua pihak telah tampil membuat laporan polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh di tempat awam).
Sumber: Instagram