Ronaldo bantu Al Nassr tewaskan Al Ta’ee

LONDON: Cristiano Ronaldo menjaringkan penalti pada babak kedua ketika Al Nassr menewaskan Al Ta’ee seterusnya mengurangkan jurang dengan pendahulu, Al-ittihad kepada tiga mata berbaki tiga aksi aksi lagi.

Sepakan penalti itu diberikan selepas VAR memanggil pengadil untuk melihat paparan monitor di tepi padang berikutan cabaran dilakukan Asulaihem dalam kotak penalti.

Dan Ronaldo meledak penalti kelimanya musim ini pada minit ke-48.



Pemenang lima kali Ballon d’Or itu hanya menjaringkan satu gol dalam empat perlawanan terakhirnya.

Ronaldo hampir menemui gawang menerusi tandukan pada babak pertama tetapi ia tepat ke dakapan penjaga gol Al Ta’ee.

Dan dia sekali lagi dinafikan oleh Braga beberapa minit kemudian selepas menemui ruang dalam kotak penalti.

Talisca menggandakan kelebihan buat pelawat pada lewat permainan.



Pendahulu liga, Al-ittihad diikat 2-2 oleh pasukan tangga keempat, Al Hilal ketika kelebihan mereka di persada kini dikurangkan kepada tiga mata.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button