Takut DAP akan menang banyak dan jadi Fix Deposit kerajaan Perpaduan , punca musuh serang UMNO.

 

 

Oleh Adam Malik



Ada tulisan seorang pemerhati politik yang portal kami terima berkenaan serangan bertubi tubi musuh terhadap UMNO adalah kerana menyedari DAP ada lah “fixed deposit” kepada sesiapa yang berganding dengan nya.

Ini atas sebab DAP tidak akan bersaing dengan mana mana parti yang kuat pada PRU16 didalam kolam yang sama.

Ertinya DAP akan menang hampir 90% kerusi yang ditandingi nya dari kolam itu.

Sebalik nya , parti parti lain atau parti Melayu akan berebut sesama sendiri dari kolam yang sama.



Ini atas sebab Mahathir sudah pecah belahkan orang melayu.

Selain itu, parti parti Melayu seperti BERSATU, PEJUANG , UMNO , AMANAH dan PAS akan berebut kerusi dari satu kolam sahaja .

PAS mungkin akan dominan seperti PRU15 tetapi kolam yang PAS pancing ada lah kolam yang sama juga parti parti lain dari kalangan melayu Islam tanding.



Bermakna jika jumlah PAS bertambah maka jumlah parti AMANAH , UMNO Pejuang atau PUTRA yang akan berkurangan tanpa ganggu DAP.

Menurut pendapat penulis itu sehngga kini DAP tiada pesaing.

Maka , atas sebab ini lah timbul rencana menggugat UMNO didalam kawanan Perpaduan dengan PH.

Lahir lah pelbagai pihak menyerang dan mengejek ejek UMNO atas Kerjasama ini.



Pelik juga kerana DAP tidak pula diserang hanya UMNO sahaja.

Ini difahami kerana pihak yang menyerang UMNO juga beridamkan bersama DAP kemudian hari nanti jika tidak cukup kerusi selepas PRU16.

Mereka sendiri mahu membuat perbincangan untuk bersama DAP jika terdesak mahu jadi kerajaan.

Maka itu lah sebab nya mereka hanya serang UMNO dan tidak serang DAP.



Penulis juga berkata UMNO dan AMANAH hanya perlu retain kerusi sedia ada atau menambah lagi sedikit untuk kukuhkan kerajaan perpaduan.

Penulis juga berpendapat walau DAP miliki kerusi dominan, namun DAP tidak akan membuat tuntutan berlebihan  dan akan seperti sedia ada kerana memahami risiko umno akan protes dan tidak setuju.

DAP cuba mengelak diri dari BERSATU dan Tun Mahathir kerana kedua mereka telah menipu DAP.

Pendirian UMNO dan DAP ada lah sama , berurusan dengan pihak yang sudah dikenali pendirian walau tidak sehaluan lebih selamat dari yang mengkhianati dan ada rencana sulit.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button