Watie Pernah Menangis Baca Komen ‘Jahat’ Netizen

Usahawan sensasi, Watie Hanifiah mendedahkan dia pernah menangis ketika membaca komen ‘jahat’ yang ditinggalkan netizen di laman sosial miliknya.

Menurut Watie, kejadian tersebut berlaku ketika di awal perkenalan dengan tunangnya yang juga seorang pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib Sepahtu.

Pernah saya sekali menangis baca komen netizen yang kecam saya. Masa awal-awal orang tahu saya berkawan dengan Shuib.



Itu sahaja pertama dan terakhir, kemudian saya tiada lagi menangis. Saya tidak layankan sangat komen-komen tersebut.

Watie berkongsi perkara itu ketika dia menjadi tetamu undangan bersama Shuib dalam sebuah program siaran langsung di sebuah stesen televisyen berbayar, pada Selasa.

Dalam masa sama, usahawan berusia 35 itu berkata, bakal suaminya itu antara individu yang banyak memberi sokongan setiap kali dirinya menerima kecaman daripada warganet.

Jelas Watie lagi, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, turut menasihati dirinya agar tidak mengambil pusing mengenai perkara tersebut.



Shuib merupakan support sistem yang bagus, jadi setiap kali saya membaca komen yang kecam saya, dia akan tenangkan saya.

Dia kata baca boleh tapi jangan ambil serius, ibarat angin yang lalu. Tidak perlu fikirkan lagi fasal komen tersebut.

Terdahulu, Shuib dan Watie selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kediaman Watie di Shah Alam, 6 Mei lalu.

Difahamkan, pasangan itu bakal melangsungkan perkahwinan pada 23 Jun depan.



Untuk rekod, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi popular, Allahyarham Siti Sarah pada Februari 2011.

Namun, Allahyarham dilaporkan meninggal dunia pada Ogos 2021 disebabkan Covid-19.

Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 8, serta Ayash Affan berusia setahun lima bulan.

Sumber: YouTube



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button