10,959 kes terendah sejak Julai

Dr Noor Hisham

Angka jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus menunjukkan trend penurunan dengan mencatatkan 10,959 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini merupakan angka terendah dalam tempoh lebih dua bulan, sejak Julai lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui ciapan di laman Twitternya memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 2,209,194 kes.



Hanya Sarawak dan Johor mencatat angka kes melebihi paras 1,000 dengan masing-masing 2,723 kes dan 1,226 kes.

Selangor pula mencatatkan 979 kes, diikuti Kelantan (983) dan Pulau Pinang (793).

awani

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker