Tak cakap banyak, terus tikam

Tak cakap banyak, terus tikam

Tak cakap banyak, terus tikam
RACHAIN diberi bantuan pertolongan cemas akibat ditikam isterinya. FOTO Facebook/ Pattana Thepkamol

Bangkok: Seorang lelaki di Thailand nyaris maut apabila ditikam tiga kali oleh isterinya, selepas dia meminta izin mahu mengambil kedi golf sebagai wanita simpanannya.

Thaiger News melaporkan, kejadian berkenaan berlaku di sebuah bilik sewa, di Mueang Chon Buri, semalam.

Pegawai dari Balai Polis Don Hua Lor yang tiba di lokasi kejadian melihat pemain golf, Rachain berusia 36 tahun itu dalam keadaan terpinga-pinga, selain mangsa cedera pada lengan, belakang badan dan perutnya.



Siasatan mendapati, penyerang lelaki itu adalah isterinya sendiri

Motif kejadian dipercayai akibat cemburu.

Rachain mendedahkan, isterinya cemburu dan marah selepas dia meminta izin mahu mengambil kedi golfnya sebagai wanita simpanan.

Katanya, isterinya tidak banyak cakap, sebaliknya hanya menikamnya sebelum beredar dari tempat kejadian.



“Saya tidak akan mengambil tindakan undang-undang kerana saya memaafkannya,” katanya.

Dalam pada itu, Rachain menerima bantuan pertolongan cemas dari Pasukan Penyelamat Trai Kunna Dham sebelum dibawa ke Hospital Chon Buri untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sebelum ini, kejadian sama akibat cemburu pernah berlaku kepada pemain golf, pada Jun lalu.

Padang golf di wilayah tengah Kanchanaburi menjadi tempat kejadian tragis apabila seorang lelaki Thailand yang cemburu menembak seorang pemain golf, dan kekasihnya yang bekerja sebagai kedi.

Motif di sebalik perbuatan ngeri itu adalah syak wasangka kerana penyerang percaya pemain golf itu mempunyai hubungan sulit dengan kekasihnya.

Walaupun kedi itu terselamat dalam serangan itu, pemain golf itu meninggal dunia akibat kecederaannya ketika menerima rawatan perubatan.

Pada bulan sama, seorang kedi golf diserang lelaki ketika dia menunggang motosikal ke tempat kerja di wilayah Chon Buri.

Lelaki itu membaling petrol ke arahnya dan melanggar motosikal ditunggang kedi itu sehingga mangsa terjatuh ke dalam hutan.

Tak cakap banyak, terus tikam


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker