Mahathir buat persiapan awal , hadapi lawan dari 2 penjuru.

Oleh Adam Malik

Ada juga pihak yang sudah pinggirkan Mahathir dan merasakan beliau adalah ahli politik waktu senja.

Umur Mahathir yang sangat ‘advance age” dirasa nya telah membuat Mahathir tiada lagi merbahaya.



Mahathir juga alami ‘defisit kepercayaan’ kerana suka berbohong.

Namun , tanggapan ini sebenar nya silap dan tidak menggenali siapa Mahathir dan apa dia “capable of doing” dibelakang tabir pergunakan pihak pihak lain.

Mahathir mungkin kelihatan lemah , namun dana nya banyak , ada yang dibantu kroni kroni kaya dan mungkin orang kata wang nya sendiri yang dipegang oleh kroni dan proksi nya.

Mahathir sebenar nya tidak boleh henti berpolitik, dan bukan kerana tidak mahu , tetapi kerana terpaksa.



Ini atas sebab perbuatan perbuatan lampau nya yang banyak kesilapan dan Tindakan dulu dulu yang mungkin makan diri pada hari ini dan dia perlu atasi.

Menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri antara satu sebab Mahathir terus berpolitik.

Tapi atas sebab bijak bermuslihat , beliau sentiasa jadikan pihak lain  alasan untuk terus berpolitik dan bukan kerana ketakutan musuh menjadi Perdana Menteri.

Akhir nya , Allah izinkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan sekaligus mangsa kealiman Tun Mahathir , Zahid Hamidi menjadi Timbalan Perdana Menteri.



Ini ada lah “double whamy” kepada kepada Tun Mahathir dihujung usia nya.

Selain itu , kerajaan  PH yang naik ini pula bukan kerajaan dirancang kerana tiada berkempen bersama , tiada manifesto bersama , dan juga tiada hala tuju yang sama dan tidak pernah terfikir untuk bersama.

Perbualan talipon Presiden UMNO dengan Pemimpin PKR juga tidak kemana kerana tidak dibawa usul ke MKT dan UMNO pun tidak  ersama dengan PKR selepas panggilan itu.

Tetapi atas permintaan Yang DiPertuan Agong untuk memilih antara dua gabungan , maka Barisan Nasional telah memilih Pakatan Harapan.



Berbalik semula kepada topik diatas, dalam Mahathir menghadapi permusuhan dengan Anwar Ibrahim , Mahathir juga tidak sebulu dengan “incomming” YDPA yang akan menggantikan YDPA sedia ada.

Maka atas sebab itu Mahathir dikatakan telah merancang untuk berhadapan dengan musuh dari dua penjuru.

Atas sebab itu Mahathir ujudkan Proklamasi Melayu untuk benteng pertahanan nya.

Proklamasi Melayu sekadar ‘afterthought” Mahathir macam mana hendak Kembali berpengaruh sekaligus kumpul penyokong untuk dirinya.



Atas sebab itu Mahathir tinggalkan  semua parti Politik supaya beliau boleh dapat orang orang Melayu dari pelbagai parti untuk menjadi kubu beliau.

Dari dulu pun Mahathir tidak minat untuk membantu melayu, rekod Mahathir membantu melayu sukar dibuktikan., selain rekod menggunakan parti melayu dan orang melayu.

Maka, rumusan nya , Mahathir sedang membuat persiapan untuk kepentingan diri nya menghadapi persaing dari yang tidak sebulu dengan nya dari dua penjuru.

Ia itu Kerjaan PH Anwar dan YDPA baru.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button