Azlan tumbang di Kangar, Fathul Bari Ketua UMNO Bahagian baharu

Azlan tumbang di Kangar, Fathul Bari Ketua UMNO Bahagian baharu

Azlan tumbang di Kangar, Fathul Bari Ketua UMNO Bahagian baharu
FATHUL Bari Mat Jahya (tiga dari kanan) bergambar bersama sebahagian jawatankuasa baharu UMNO Bahagian Kangar yang dipilih dalam pemilihan parti itu, malam tadi. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD

KANGAR: Datuk Fathul Bari Mat Jahya berjaya memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar selepas menewaskan penyandang, Datuk Seri Azlan Man dalam pemilihan parti itu.

kegembiraan hakiki memandangkan terdapat tanggungjawab besar perlu digalas bagi mengembalikan semula kekuatan UMNO Bahagian Kangar selepas ini.

“Pada saya bukan soal menang atau kalah, Azlan juga sendiri mempunyai sumbangan besar dalam gerak kerja politik di Kangar dan Perlis tapi mungkin kali ini ahli ingin melihat pembaharuan.



“Dan oleh itu, saya akan laksanakan tanggungjawab ini secara serius dengan memfokuskan bagi memperkasakan dan merevolusikan kembali UMNO buat rakyat Kangar serta negeri Perlis,” katanya.

Di samping itu, Fathul berkata, tiga komitmen beliau pertamanya sudah pastinya dalam soal pemerkasaan parti serta kebajikan akar umbi yang juga akan menjadi keutamaan.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

“Pelan terdekat saya pula UMNO Bahagian Kangar ini belum ada pejabat lagi, jadi sudah tentunya untuk menjadi simbolik kepada kebangkitan baharu, saya hendak realisasi perkara itu dahulu.

“Pejabat itu juga bakal menjadi pusat sehenti bagi merencanakan perancangan yang telah dirangka sejak awal bagi kebaikan UMNO Bahagian itu yang sifatnya cakna kepada rakyat,” katanya.



Gerik MP told to seek treatment after having speech difficulties in Parliament

Azlan tumbang di Kangar, Fathul Bari Ketua UMNO Bahagian baharu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker