Sharnaaz Ahmad Ditemani Kekasih
Sharnaaz Ahmad bersama kekasih hati yang menemaninya ketika menghadiri majlis tayangan filem Polis Evo 3 telah mencuri perhatian orang ramai apabila wanita tersebut dilihat memaut tangan pelakon itu.
Bagi menjawab persoalan siapa individu berkenaan, Sharnaaz berkata wanita itu juga pelakon yang dikenali sebagai Amelia Christie dan mereka masih lagi dalam fasa perkenalan.
Berpeluk tangan… Tiada apa! Kami masih lagi dalam fasa berkawan.
Dalam pada itu, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad pernah berkongsi menerusi Instastory bahawa Amelia berkemungkinan akan menamatkan kariernya sebagai pelakon tidak lama lagi.
Malah, aktor itu juga hanya meminta peminatnya untuk mendoakan yang terbaik buat mereka.
Mungkin dia selepas ini bukan jadi artis lagi. Kita tak tahu yang penting kita doakan mana yang terbaik.
Saya okay sahaja sebab saya berkawan dengan semua orang.
Dalam pada itu, Sharnaaz juga tampil menjawab dakwaan yang kononya dia mengawal aktiviti seni dan kehidupan Amelia sebagai seorang pelakon baharu dalam industri seni.
Bagi saya kawal itu tanda peduli, kalau kita tiada kawal maknanya kita tidak peduli. Bagi saya kawal itu ada banyak fasa kalau kita kawal itu maknanya kita nak dia jadi yang terbaik.
Kalau kita kawal terlalu merepek… merepeklah jadi dia. Tapi kalau ke arah kebaikan apa salahnya daripada dia menjadi yang tidak baik.
Sewaktu ditanyakan mengenai penerimaan Jebat Jayden, Sharnaaz memaklumkan dia tidak mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak anaknya dan meminta pihak media terus bertanya kepada Jebat sendiri.
Saya rasa itu kena tanya Jebat, saya tak berani cakap bagi pihak dia. Saya lihat boleh diteruskan (hubungan)… kita tengok sejauh mana.
Pelakon yang berumur 38 tahun ini juga mengaku dia sedang mengenali dengan seseorang namun malu untuk bercerita berkaitan soal peribadi secara terbuka.
Tambahan, katanya faktor usia yang semakin meningkat juga membuatnya bimbang jika hubungan kali ini tidak berakhir dengan baik.
Kredit: mStar