Azmin takut ‘video’, enggan bertanding PRN?

Oleh – Amran Klebang


Azmin takut 'video', enggan bertanding PRN?

Ramai agak terkejut dengan kenyataan Azmin Ali enggan bertanding pada PRN yang dijangkakan berlangung tidak lama lagi.



Ada spekulasi nakal menyatakan, Azmin takut akan ada sebaran ‘video’ mengaitkan dirinya berlaku semasa kempen PRN.

Bagaimanapun, Azmin sebaliknya telah menjelaskan sebab mengapa mengambil keputusan tidak bertanding. Namun demikian, ada juga desas-desus menyatakan kekalahan beliau di Parlimen Gombak merupakan trauma yang menghantuinya sehingga hari ini.

Azmin takut 'video', enggan bertanding PRN?

Meneliti alasan Azmin, ia seakan tidak memberi gambaran perwatakan jiwa pejuang yang sering Azmin tampilkan sebelum kekalahan beliau pada PRU15.



Ramai berpendapat, Azmin masih berpotensi untuk kembali menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya Perikatan Nasional berjaya menawan Selangor pada PRN kelak. 

“Saya pernah menyatakan keinginan untuk berehat. Saya sudah berkhidmat selama tujuh penggal, satu penggal di Hulu Kelang, tiga penggal di Bukit Antarabangsa dan Gombak.

“Oleh itu, saya rasa kita sepatutnya memberi peluang kepada generasi muda untuk menjadi pengganti. Kita mempunyai calon berpotensi yang sangat komited kepada perjuangan” – Azmin Ali – 21/5/2023

Pengalaman menerajui Kerajaan Selangor menerusi ‘Langkah Kajang’ ketika bergerak bersama PKR sudah tentu akan dijadikan panduan untuk Azmin mengepalai Selangor sekiranya menang PRN.



Namun demikian, perlu juga diingatkan, banyak kontroversi turut mengiringi Azmin sepanjang bergelar Menteri Besar Selangor. Jika masih diingati rakyat Selangor, isu DEIG, Gerbang Selangor, isu pasir, isu kubah masjid serta isu ‘Langat’ yang pernah dibangkitkan seorang individu dikenali sebagai Che’gu Bard masih belum dijelaskan.

Semua isu tersebut dijangka akan kembali berkumandang sebaik Azmin melangkah masuk ke pejabat Menteri Besar Selangor. Tetapi dalam banyak-banyak isu, yang paling dinantikan ialah isu ‘video’ yang dikaitkan dengannya.

Mungkin semasa Mahathir berkuasa, Azmin masih ‘selamat’ dan diberikan jawatan yang baik begitu juga ketika Muhyiddin dan Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri.



Kini, Anwar adalah PMX dan ini bakal menjadi pertembungan ‘besar’ sekiranya Azmin diberikan jawatan Menteri Besar oleh PN. Malah, sudah hampir pasti Azmin perlu bertembung dengan bekas rakan PKR yang kini merupakan Menteri dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Dijangkakan banyak lagi akan menjadi spekulasi mengapa Azmin tidak mahu mengambil risiko bertanding PRN nanti.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button