Haji Hadi suruh semua undi DAP. Tak percaya tengok sendiri.
Hanya UMNO sahaja yang tidak boleh bersama DAP.
Parti parti lain semua boleh bersama DAP atau sudah bersama DAP.
Parti parti lain sememang berniat bersama parti DAP dari awal lagi, UMNO tidak pernah ada agenda bersama DAP dulu dan sekarang pun.
Kedudukan keputusan jumlah kerusi yang mengakibatkan UMNO tepaksa memilih antara dua gabungan, ia itu Perikatan Nasional atau Pakatan Harapan.
Ini kerana kedua gabungan PH dan PN tidak mencapai persetujuan untuk bergabung menjadi kerajaan kerana kedua nya mahu menjadi Perdana Menteri dari gabungan mereka.
Tambah lagi PKR dan DAP amat curiga kepada PN sebab PPBM dan Mahathir pernah tidak tunaikan janji serah jawatan Perdana Menteri setelah dua tahun pegang jawatan itu seperti dijanjikan.
Maka, atas sebab ini lah antara faktor kerajaan tidak dapat dibentuk.
Sebalik nya, UMNO sebagai komponen dalam Barisan Nasional terpaksa memilih salah satu gabungan supaya kerajaan dapast dibentuk seperti titah Yang DiPertuan Agong.
Akhir nya BN memilih PH untuk menjadi kerajaan.
Maka, maki hamun dan amat kecewa dan geram lah gabungan PN.
Mereka sangka BN akan memilih mereka, atas sebab itu angkuh dan takabur tidak perlu mengadap atau hubungi wakil UMNO.
Kini para sibertrooper PN dibantu orang UMNO yang jahil, bermain naratif konon konon nya bersama PH ada lah satu kesalahan.
Tamabah lagi ada Dap didalam PH.
Mereka lupa mereka menjilat DAP terlebih dulu malah menipu DAP dengan janji PM dua tahun sahaja sebelum berpakat untuk mencipta “Sheraton Move” untuk menafikan Anwar menjadi Perdana Menteri.
Haji Hadi turut mempromosi DAP kepada orang melayu dan orang Islam supaya wajib undi DAP.
Jadi , ahli UMNO harus faham permainan dan percaturan Politik Ketika UMNO tidak ada kerusi yang banyak, usah sombong Ketika kaah banyak.
Orang puteh kata “beggars cannot choose”, Pengemis tidak boleh memilih.