Anwar perlu buka kes rasuah  Zeti selain sahut cabaran saman Mahathir

 

Oleh Adam Malik

Huru hara kisah isu Kalimah Allah dan isu persepsi Barisan Nasional bersama kerajaan Perpaduan yang dianggotai DAP tidak sepatut nya mengkaburi kisah rasuah terbesar negara.



Kisah yang masih tidak diketahui apa status nya.

Ini kisah rasuah mega negara yang mengakibatkan negara luar hilang yakin dengan sistem perundangan negara Malaysia.

Skandal bekas Gabenor Bank Negara dan suami nya Taufiq Ayman tenggelam begitu sahaja akibat permainan isu isu alihan.

 



Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pernah membuat ‘pledge’ akan melawan rasuah, namun kes rasuah mega bekas Gabenor bank Negara era Mahathir masih belum dibawa ke muka pengadilan walau semua siasatan telah dilakukan dan kini berada di pejabat Peguam Negara.

Kini , terbaru , skandal Tun Daim dan Tan Sri Halim Saat juga muncul.

Walaupun ucapan tahniah kepada Perdana Menteri Anwar haruas diberi kerana keberanian mendedahkan Mahathir dan Daim , namun  kes bekas Gabenor dan suami harus juga ditekan.



Ia sebuah ‘ready Case’ semua sudah disiasat , hanya tunggu ‘greenlight sahaja.

Kebenaran terhadap DSNR boleh didapati jika kes ini dibuka sama juga dengan kes Hakim Nazlan Ghazali.

Ketika kerajaan ini berkuasa , ia nya perlu dilakukan semoga tidak menjadi seperti kes siasatan RCI Forex RM30 bilion , dimana Mahathir terus menutup nya apabila berkuasa.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button