Flamini mahu beli Arsenal

London: Mathieu Flamini memberi bayangan dia akan berusaha dan membeli Arsenal pada masa depan.

Pada 2010 bekas bintang Gunners itu menubuhkan GFBiochemicals sebagai projek sampingan kepada karier bola sepaknya.

Selepas 13 tahun berlalu, Flamini memegang 60 peratus dalam perniagaan itu serta dia sendiri menjadi CEO syarikat dan menurut Forbes, Flamini kini mempunyai kekayaan berjumlah £10 bilion (RM54.98 bilion).



Jumlah itu sudah cukup untuk membeli saham terbesar kelab bola sepak utama dan dia ditanya mengenai prospek membeli salah satu bekas kelabnya.

Katanya kepada The Athletic: “Jelas, kedua-dua kelab [Arsenal dan Marseille] mempunyai tempat istimewa di hati saya.

“Saya tak lupa daripada mana saya datang. Dalam kehidupan anda tak pernah tahu tetapi ia mengenai peluang yang betuI. Saya sangat percaya dengan masa, tempat dan orang yang tepat. Kita tunggu apa yang terjadi pada masa depan.”

“Jika anda sangat mahukan sesuatu, alam selalunya membawanya kepada anda. Kita tunggu apa yang alam ini akan bawa.”



Flamini beraksi dua kali bersama Arsenal dan tampil 168 perlawanan dan menjuarai tiga Piala FA.

Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button