Mira Sudah Bersedia Jaga Anak-Anak View Chin
Sebelum ini kami ada melaporkan yang tikrokers dan juga pekerja View Chin, Mira tampil menjawab persoalan netizen mengenai kontroversinya antara majikan dan isterinya, Ah Moi.
Mira tampil menegaskan dakwaan yang dia bukan punca pasangan itu bercerai dan mengatakan yang dia menjalinkan hubungan setelah usahawan itu bercerai dengan isterinya.
Terbaru! Mira mengakui sudah bersedia untuk menjaga anak-anak kepada kekasihnya sekiranya mereka berkahwin nanti ketika membuat ‘live’ di TikToknya baru-baru ini.
Terdapat followers yang bertanya adakah Mira sudah bersedia untuk menjaga anak-anak View Chin.
Mestilah ready (sedia). Mira sudah bersedia dari awal.
Dalam pada itu, ketika disoal mengenai adakah Mira sudah membuat permohonan maaf kepada Ah Moi, dia berkata, tidak semua perkara perlu dikongsikan di media sosial.
Tak akan semua benda Mira nak cerita, Mira tak akan cerita semua hal peribadi kepada orang. Kerja adalah kerja, hal peribadi adalah hal peribadi.
Kredit: Kosmo