Pengarah UC Travel diarah bela diri tuduhan iklan pakej haji furada tanpa lesen

Pengarah UC Travel diarah bela diri tuduhan iklan pakej haji furada tanpa lesen

Pengarah UC Travel diarah bela diri tuduhan iklan pakej haji furada tanpa lesen

KUALA LUMPUR: Pengarah sebuah agensi pelancongan, Agus Rizal Mat Ali, diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, supaya membela diri terhadap tuduhan mengiklankan perkhidmatan pakej haji furada tanpa lesen pengelola jemaah haji yang sah daripada Lembaga Tabung Haji (TH), dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim, Mohd Kafli Che Ali, di akhir kes pendakwaan selepas memutuskan pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang diwakili peguam bela, Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud.

Ketika membacakan keputusannya, Mohd Kafli berkata, mahkamah memutuskan demikian selepas mendengar keterangan lapan orang saksi pendakwaan, meneliti hujahan dan otoriti yang dikemukakan serta mencapai penilaian maksimum.



Hakim itu juga memberi tiga pilihan kepada tertuduh iaitu sama ada memberi keterangan bersumpah dalam kandang saksi dan boleh disoal balas, memberi keterangan dalam kandang saksi secara tidak bersumpah tanpa disoal balas atau hanya berdiam diri.

Nik Mohamed Ikhwan kemudian memaklumkan mahkamah, anak guamnya mengambil pilihan pertama untuk membela diri, iaitu memberi keterangan bersumpah dalam kandang saksi dan boleh disoal balas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PPBM Di Pinggirkan Dalam Langkah Dubai


Bagaimanapun katanya, pembelaan belum melengkapkan senarai saksi yang akan dipanggil memberikan keterangan, sehubungan itu beliau memohon mahkamah menetapkan tarikh lain bagj prosiding bela diri.

Mahkamah kemudiannya menetapkan prosiding bela diri selama dua hari iaitu pada 23 Februari dan 1 Mac depan.



Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Akmalzatul Mohd Nawi.

Pada 9 Ogos 2022, Agus Rizal mengaku tidak bersalah atas dakwaan sebagai seorang pengarah syarikat UC Travel Sdn Bhd, mengiklankan perkhidmatan pakej haji furada bagi musim 2022M/1443H di media sosial Facebook milik syarikat itu, pada 9 Mei 2022.

Kesalahan itu didakwa dilakukan dengan cara mengiklankan bahawa dia boleh menjalankan atau membuat transaksi perniagaan sebagai pengelola perjalanan ke tanah suci bagi menunaikan haji, sedangkan syarikat itu tidak mempunyai lesen pengelola jemaah haji secara sah daripada TH.

Kesalahan itu dilakukan di pejabatnya di Platinum Walk, Jalan Langkawi 2, Danau Kota di sini, mengikut Seksyen 27(1)(b) Akta Tabung Haji 1995 dan boleh dihukum bawah Seksyen 27 (2) akta sama, membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 

Pengarah UC Travel diarah bela diri tuduhan iklan pakej haji furada tanpa lesen


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kesian Sanusi, Ketandusan Perhatian Rupanya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker