Ahli Politik Didakwa Paksa Isteri Kedua Lakukan Seks & Pukul Ketika Hamil

Pihak polis sedang menyiasat kes dakwaan seorang ahli politik melakukan keganasan terhadap isteri keduanya selepas wanita itu membuat laporan polis.

Memetik laporan CNN Indonesia, anggota Dewan Perwakilan Rakyat dari Parti Keadilan Sejahtera iaitu Bukhori Yusuf didakwa melakukan keganasan rumah tangga terhadap isteri keduanya semasa wanita itu sedang hamil.

Ahli politik itu juga didakwa mengasari isterinya dengan memijak tubuh mangsa, menampar pipi, bibir, mengigit tangan dan mencekik leher. Bukhori juga dilaporkan pernah memukul menggunakan kerusi dan menekap muka isterinya dengan bantal sehingga mengalami kesukaran bernafas.



 

Lebih parah lagi, dia bukan sahaja melakukan keganasan secara fizikal malah dia sering memaksa isterinya itu untuk melakukan hubungan seksual secara paksa sehingga mangsa mengalami kesakitan dan pendarahan.

Selain mengalami keganasan fizikal dan seksual, mangsa turut mengalami masalah kesihatan mental apabila ahli politik itu selalu menghina fizikalnya iaitu membandingkan dengan wanita lain.



Mangsa dilaporkan mengalami trauma dan kemurungan berikutan kelakuan melampau suaminya itu.

Difahamkan kesemua insiden itu berlaku pada tahun 2022 dan mereka kini dilaporkan sudah bercerai setelah sembilan bulan berkahwin.

Dalam pada itu, Bukhori telah meletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Pewakilian selepas kes itu tersebar luas.

Sumber: CNN Indonesia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button