Peja buat-buat Lupa Bersatu ditubuhkan untuk hancurkan UMNO

UMNO sudah pasti tolak Bersatu

Oleh Nurul Aisyah

UMUM tahu bahawa parti Pribumi Bersatu Malaysia ditubuhkan untuk hancurkan UMNO. Oleh itu, tindakan Ahmad Faizal Azumu (Peja) menyeru ahli Umno dan penyokong parti itu menyertai Bersatu sekiranya mereka masih berpegang kepada perjuangan Umno untuk agama, bangsa, dan tanah air dilihat satu jenaka yang keterlaluan.

Ahli UMNO masih ingat bagaimana Bersatu mengkhianati parti keramat mereka.



Peja mendakwa perbuatan Umno telah ‘lari’ daripada perjuangan asal parti itu, dengan mengambil contoh pemimpin parti itu yang disabitkan di mahkamah.

Kenyataan Peja itu sangat bertentangan dengan realiti sebenar kerana sejak kebelakangan ini para pemimpin Bersatu ramai yang dikaitkan dengan jenayah rasuah salahguna kuasa.

Tindakan Peja memuji langkah Dr Mahathir Mohamad mengetengahkan Proklamasi Orang Melayu juga dilihat lari dari prinsip asas. Sebagaimana yang kita tahu sepanjang Mahathir berkuasa dua kali sebagai Perdana Menteri, beliau tidak pernah memperjuangkan nasib orang Melayu.

Apa yang menjadi tumpuan Mahathir hanyalah “Melayu mudah lupa” , “Melayu jangan cemburu kekayaan orang lain” dan lain-lain lagi yang langsung tidak ada kena mengena dengan perjuangan untuk orang Melayu.



Segala kenyataan Peja bertentangan dengan realiti. Konsep Bersatu itu sendiri juga lari dari perjuangan sebenar. Mereka kononnya menentang kluster mahkamah sedangkan ramai pemimpin kanan mereka terbabit dengan rasuah dan sebagainya.

Cakap tidak serupa bikin. Bersatu dan Mahathir sama saja. UMNO sudah pasti tolak Bersatu parti yang ditubuhkan untuk hancurkan parti yang tertua di Malaysia itu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button