“Selamat datang kluster Mahkamah” sambut Muhyiddin

 

Oleh – Bakhtiar Omar


"Selamat datang kluster Mahkamah" sambut Muhyiddin

“Selamat datang kluster Mahkamah”, demikian laungan yang menyambut ketibaan Muhyiddin ke Mahkamah sebentar tadi.



Beliau yang tiba di Mahkamah sekitar jam 8.40 pagi, hanya diiringi beberapa individu rapat.

Ketiadaan penyokong atau ahli BERSATU bagi memberi sokongan kepada Presiden menimbulkan tandatanya.

Adakah ini sebagai isyarat protes dan langkah secara diam-diam bagi memberitahu Muhyiddin, beliau perlu melepaskan jawatan sebagai Presiden memandangkan kini sudah bergelar Kluster Mahkamah?

Ketiadaan para pemimpin kanan BERSATU turut menimbulkan persoalan mengapa tiada solidariti ditunjukkan kepada Ahli Parlimen Pagoh itu.



Muhyiddin berdepan dengan 4 pertuduhan menggubah wang haram berjumlah RM232.5 juta.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button