Muhyiddin kini kluster Mahkamah, bakal letak jawatan?

 

Oleh – Bakhtiar Omar


Muhyiddin kini kluster Mahkamah, bakal letak jawatan?

Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan tiba ke Mahkamah Tinggi hari ini bagi menghadapi pertuduhan berkaitan penggubahan wang haram.

Pertuduhan – Muhyiddin Ubah Wang Haram

Muhyiddin dituduh menggubah wang haram berjumlah RM232.5 juta sepanjang menjadi Perdana Menteri.

Dikatakan beliau juga akan meletakkan jawatan selepas pertuduhan dibacakan. Ini selari dengan ketetapan BERSATU yang menolak sebarang liabiliti terutama kluster Mahkamah dalam parti itu.

Apakah akan ada desakan atau gerakan dalam BERSATU bagi memastikan imej parti terus dilihat bersih selepas Muhyiddin didakwa di Mahkamah?

Sehingga hari ini, para penyokong Muhyiddin menyatakan ‘Abah’ belum bersalah selagi tidak dibuktikan dalam Mahkamah.

Ternyata nada mereka berbeza bila melibatkan pemimpin BERSATU yang kononnya begitu berintergriti dan bersih.

Jangan lupa, pada PRU15 ada satu klip video memaparkan seorang memberikan wang kepada pengundi selepas upacara angkat sumpah.

Kepada ahli BERSATU serta penyokong Muhyiddin, mereka perlu terima hakikat kini ‘Abah’ adalah kluster Mahkamah.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker