Bukan biasa2 ye sampai Mufti Menk datang ziarah di rumah.

Tular baru-baru ini sebuah video yang memaparkan pendakwah terkenal, Mufti Menk menziarahi rumah keluarga seorang personaliti media sosial di Malaysia.

Personaliti media sosial, Att Yusof memuat naik video tersebut di TikTok dan menurutnya kehadiran pendakwah Ismail Menk atau Mufti Menk itu adalah untuk menunaikan hasrat ibunya yang sedang sakit.

 



Mufti Menk memberkati kami dengan kehadirannya semalam. Saya tahu ibu saya mahu berjumpa dengannya lagi jadi pertemuan ini mengambil masa satu bulan untuk dirancang.

Apabila saya tahu dia akan datang ke Malaysia, saya menghantar mesej kepadanya untuk menjemputnya. Saya bersyukur kerana dapat memenuhi hajat ibu.

Menerusi video tersebut, kelihatan ulama terkenal yang berasal dari Zimbabwe itu datang berseorangan dan beramah mesra dengan keluarganya. Mufti Menk juga dilihat sempat memberi tazkirah kepada mereka semasa menjenguk ibu wanita tersebut.



Dalam pada itu, kehadiran Mufti Menk telah menimbulkan pelbagai pertanyaan dalam kalangan warganet kerana ia adalah sesuatu yang luar biasa apabila ulama terkenal dunia dapat datang ke rumah.

Justeru itu, pada akhir video tersebut, dia menceritakan detik pengenalan mereka dengan Mufti Menk iaitu ketika mereka terserempak dengannya semasa membeli-belah di One Utama pada tahun 2019.

Kami terserempak dengan Mufti Menk di One Utama dan mak saya menegurnya. Beliau kemudian memberikan nombor telefonnya untuk mengetahui dan mengikuti perkembangan kesihatan ibu.

 



 

 

@attyusof @Mufti Menk ♬ original sound – Att Yusof

 



Sumber: TikTok

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button