wajah dikatakan hampir seiras Raja Permaisuri (Video)

Kuala Kangsar: Seorang wanita warga emas di Taman Bunga Raya di sini, mendapat perhatian warganet apabila wajahnya dikatakan hampir seiras Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Wajah pengusaha rendang tok Nora Aishah Ibrahim, 62, dikatakan hampir seiras seperti baginda oleh segelintir netizen di TikTok, malah ada yang mengakui terkejut melihat wanita itu yang pernah muncul dalam satu rancangan memasak dalam talian, baru-baru ini.

Nora Aishah atau lebih mesra disapa Kak Cik berkata, sudah pasti dia berasa gembira dan bangga dengan pandangan orang ramai itu tetapi pada masa sama tetap timbul perasaan segan.



“Tidak dinafikan ramai juga termasuk pelanggan dan ahli keluarga cakap wajah saya seiras baginda. Saya segan sebenarnya, tetapi saya anggap itu pandangan orang dan penghargaan buat saya.

“Ada orang cakap mungkin nampak seiras kerana saya juga memakai cermin mata dan gaya memakai tudung.

“Saya memang suka gaya ringkas sejak dahulu lagi terutama kalau memakai tudung bawal,” kata ibu kepada tiga anak itu ketika dihubungi, semalam.

 



 

@rendangtokyeop Replying to @Kαleef_Nubαyl Harap masih belum terlambat ikut trend dan semoga viral sampai ke @Istana Negara TV supaya kakcik dapat jumpa Permaisuri 😍 #tunkuazizah #tunkuazizahmaimunahiskandariah #permaisuriagong #fyp ♬ original sound – SALMAN KHAN 💫STAR⭐KING💫

 

Berhubung video TikTok, Kak Cik yang mengusahakan rendang tok kambing, ayam dan daging yang dimasak dengan dapur kayu itu berkata, anaknya berkongsi video terbabit hanya suka-suka kerana ramai individu meninggalkan komen yang wajahnya seiras baginda.



“Ramai yang komen cakap wajah kami seiras dan ada yang mahu melihat dari sudut hadapan, jadi anak kongsikan video saya.

“Kalau ada rezeki saya teringin berjumpa baginda kerana memang suka melihat baginda yang berjiwa rakyat dan berasa dekat di hati.

“Malah, saya mengagumi baginda yang mencemar duli memasak (untuk mangsa banjir) ketika banjir dahulu,” katanya.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button