Hanya Allah saja  yang tahu perasaan dalam hati

Tawau: Tular di laman sosial video wanita warga emas tinggal sendiri dalam rumah usang dalam keadaan daif di sini.

Kisah sedih itu mendapat perhatian selepas wanita dikenali Hidaya memuat naik video wanita itu di TikTok.

Menerusi video itu, dapat dilihat, keadaan sebahagian lantai rumah yang sudah pecah, tanpa tikar dan tiada perabot mahupun perkakas lengkap.

Hidaya yang juga pemandu e-hailing berkata, wanita warga emas dipanggil mak cik itu mencari rezeki dengan menjual keropok di bandar.



Kebetulan, Hidaya terserempak dengan wanita berkenaan kemudian menawarkan untuk menghantarnya pulang ke rumah sebelum tahu kisah sebenarnya.

“Sebak rasa di hati ini apabila jumpa mak cik ini. Sepanjang perjalanan hantar balik nangis je. Ingat emak yang baru meninggal dunia tahun lepas.

“Sampai di rumah mak cik, saya pun hantar masuk ke dalam rumah. Mak cik tak kuat jalan tapi masih ada semangat nak menjual keropok.

“Hanya Allah saja  yang tahu perasaan dalam hati, sedihnya asa. Seorang mak cik pangkat nenek  tinggal dengan keadaan rumah begini (daif). Allahuakbar!,”luahnya menerusi kapsyen pada video berkenaan.



Menurut Hidaya, perasaannya bercampur baur ketika masuk ke dalam rumah wanita berkenaan dan pelbagai  persoalan timbul di fikirannya selepas melihat apa yang ada di depan matanya.

Lebih membuatkan Hidaya sedih apabila wanita berkenaan berkongsi  pengalamannya dirompak kerana tinggal sendiri.

“Macam-macam dalam fikiran, macam mana mak cik ini boleh tinggal sendiri, kalau sakit macam mana?

“Tiada siapa yang tahu. Ya Allah, melihat orang susah adalah ujian bagi kita semua juga.

“Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Ya Allah, lindungilah mak cik di dunia dan akhirat, kurniakan dia   kesihatan yang baik. Amin,” tulisnya.

Hidaya mengakui berat hatinya untuk meninggalkan wanita itu tinggal sendiri.

“Beratnya hati ini nak tinggalkan nenek ini seorang diri malam-malam. Nenek jaga diri ya. InsyaAllah kami datang hari-hari ya nek supaya nenek tak rasa kesepian dan kosong,”

 

 

@yellowalza Hanya Allah yg tahu perasaan dalam hati time ni.Sedihnya rasa😭😭😭 Seorang makcik pangkat nenek sudah rasanya yg x kuat berjalan, tggl sendiri dengan keadaan rumah begini.Allahuakbar 🥺 #tawau #tawaukini #pemandugrab ♬ bunyi asal – Hidaya

 

tulisnya.

Perkongsian  Hidaya itu meruntun hati netizen dengan rata-ratanya memuji usahanya membantu mereka yang kurang bernasib baik.

“Allahuakbar.Walau sebesar zarah kebaikan kita buat, Allah nampak semuanya.

“Semoga Allah titipkan rezeki buat awak dan keluarga kerana menolong hamba Allah,” tulis pengguna TikTok dikenali Ilah Shafie.

“Sedihnya kalaulah kita duduk di tempat dia. Semoga nenek ini diberi kesihatan yang baik,” tulis seorang lagi pengguna TikTok dikenali Azmi Darani.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker