‘Belajar Tak Pandai Lah Tu’ Dihina Pelanggan Sebab Kerja Pam Minyak

Tak dinafikan, mencari pekerjaan bukanlah mudah tatkala ekonomi yang tidak menentu pada zaman sekarang. Oleh itu, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan remaja termasuk graduan terbuka menerima apa jua pekerjaan halal yang menawarkan gaji yang setimpal.

Disindir sebab kerja di stesen minyak?

Tetapi lain pula yang dilalui seorang gadis ini apabila dia disindir oleh seorang pelanggan bergelar pak cik hanya kerana dirinya bekerja di sebuah stesen minyak. Bercerita kembali kejadian berkenaan, Izzaty Nazmii memberitahu pada awalnya lelaki tersebut telah memasuki premis untuk membeli air tin.

Sementara membayar, lelaki berkenaan sempat bertanya kepada Izzaty sama ada dia sudah tamat sekolah atau pun tidak. Sambil tersenyum, Izzaty memberitahu dia sudah pun tamat sekolah tetapi apa yang mengejutkan apabila lelaki itu seakan menyifatkan Izzaty seorang yang ‘kurang cerdik’ hanya kerana dia bekerja di stesen minyak.

 

 

@izzatynazmii._ Assalammualaikum☺️so dekat sini aku nk ckp sikit untuk sesiapa ja dkt luar sana tu,tlong jangan sesuka hati nk hina org mcm org lain tu xda perasaan..😶 Kita tak tahu pun hidup org tu mcm mna..setiap org ada masalah dan ujian hidup masing ii..😇And kita semua kena tahu lah adab mcm mna nk bercakap dgn org lain xkisah lah org tu siapa sekalipun..adab dan akhlak tu penting ya..😊 Dan teruntuk PAKCIK,kalau video ni lalu dpn muka pakcik,saya just nak ckp yg saya paling xsuka org menghina saya,dan pakcik xperlu sibuk nak ajar saya untuk belajar tinggi ii or what😅 Sebab pada saya skrg mkn pakai saya alhamdulillah cukup,dan saya xpernah menyusahkan sesiapa atau meminta beras dkt rumah org😉apatah lagi dkt rumah PAKCIK kan?so PAKCIK just shut up okay?😗 #fypシ #fypp #xyzbca #biadap ♬ Antassalam – Fairuz Band

 

Lelaki terbabit turut mempersoalkan mengapa Izzaty tidak menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi supaya dapat pekerjaan yang baik dan meraih pendapatan lebih lumayan. Semasa melangkah keluar, lelaki ini sekali lagi menyindir bahawa hasil pendapatan Izzaty bekerja di stesen minyak tidak seberapa.



Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya memberi kata-kata semangat buat Izzaty. Tidak kurang juga ada yang turut berkongsi pengalaman sama yang dilalui mereka.

Komen netizen

 

 

Sumber: TikTok Izzaty Nazmii

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker