Apa Kesudahan Rampasan Kokain Seberat 12 Ton Yang Bernilai RM2.4 Bilion Di Pulau Pinang?

Apa Kesudahan Berita Rampasan Kokain Seberat 12 Ton Yang Bernilai RM2.4 Bilion Di Pulau Pinang?

Apa Kesudahan Rampasan Kokain Seberat 12 Ton Yang Bernilai RM2.4 Bilion Di Pulau Pinang?

Pada tahun 2019, seluruh negara gempar apabila Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas kokain seberat 12 ton di Pulau Pinang.

Harian Metro melaporkan, KPN ketika itu, Hamid Bador berkata taktik sindiket itu mencampurkan dadah dengan arang batu sukar dikesan.

Pihak JSJN terpaksa menggunakan peralatan canggih oleh Jabatan Kimia untuk mengesan dadah kokain tersebut.



“Dadah itu tidak dapat dikesan Unit Anjing Pengesan (K9) dan kami percaya sindiket ini cuba mengaburi mata pihak berkuasa”.

“Kami percaya negara ini dijadikan sebagai transit sebelum dadah terbabit dihantar ke negara ketiga,” jelas Hamid Bador.

Seorang suspek yang mengendalikan kontena tersebut telah ditahan oleh pihak JSJN.

Tetapi secara logiknya, adalah amat mustahil, dadah seberat 12 ton itu hanya dikendalikan dan diuruskan oleh hanya seorang.



Lebih memusykilkan lagi, sehingga ke hari ini, tidak ada sebarang pendakwaan dilakukan di mahkamah mengenai rampasan tersebut.

Mengapa?

5 bulan selepas rampasan dadah tersebut, berlaku pertukaran kerajaan melalui Sheraton Move.

Muhyiddin Yasin yang menjadi menteri KDN ketika rampasan tersebut, telah naik pangkat sebagai perdana menteri.



Manakala jawatan menteri KDN pula disandang oleh Hamzah Zainuddin.

Dan Hamzah Zainuddin terus menjadi menteri KDN apabila Muhyiddin digulingkan dan diganti pula oleh Ismail Sabri.

Sudah menjadi rahsia umum, Hamid Bador tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Hamzah Zainuddin.

Hamid Bador pernah mendedahkan kepada umum, ketegangan hubungan antara beliau dan Hamzah kerana Hamzah kerap campurtangan dalam urusan PDRM.



Khabar angin mengatakan, untuk menutup kes sebesar itu, sekurang-kurangnya RM300 juta diperlukan.

Jumlah sebesar itu sudah pasti tidak akan dipandang begitu sahaja oleh politikus dan parti politik yang korup!!!

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sekarang, Ayob Khan, pernah mengemudi JSJN bermula dari 21 Disember 2021 sebelum dilantik sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman.

Adakah beliau juga terlepas pandang kerana terlalu sibuk menguli dan menebar roti canai?



Adakah Kingpin Dadah Merupakan Korperat Mafia?

Ooi Chieng Sim

Sebulan sebelum Hamzah dilantik sebagai menteri KDN, The Malaysian Reserve melaporkan, pengerusi ATTA Global Group Bhd dan Heng Huat Resources Group Bhd, Ooi Chieng Sim, ditahan.

Beliau ditahan oleh PDRM untuk disiasat di bawah Akta Dadah berbahaya 1952.

Tetapi siasatan yang dilakukan bukannya berkaitan 12 tan kokain yang dirampas di Pulau Pinang.



Siasatan dilakukan atas dakwaan dakwaan memiliki dadah syabu seberat 4.98kg.

Dalam laporan berita yang sama, portal Free Malaysia Today melaporkan JSJN Bukit Aman telah menyita harta bernilai RM366 juta dari suspek.

Ianya dilakukan dalam operasi Ops Eagle Diamond.

Harta yang disita itu terdiri dari RM143 juta pegangan saham, hartanah bernilai RM198 juta, kereta mewah bernilai RM2.7 juta dan barang kemas bernilai RM52,000.

Adakah harta tersebut telah disediakan oleh suspek sebagai sogokan melepaskan diri dari rampasan kokain yang bernilai RM2.4 bilion itu?

Penulis tidak pasti dan masih mencari jawapannya.

Dadah Seberat 4.98 Kg Hanya Tinggal 2.66 Gram Apabila Di Dakwa Di Mahkamah

Lebih mengejutkan apabila Ooi hanya didakwa kerana memiliki dadah syabu seberat 2.66 gram dan bukannya 4.98kg seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Dan kini beliau sudah pun dibebaskan selepas hanya membayar denda.

Adakah kegiatan transit kokain seberat 12 tan itu ada campurtangan dari orang politik?

Tidak dapat dipastikan.

Tetapi yang pasti, akhirnya melalui perintah mahkamah, Ooi telah berjaya menuntut semula aset beliau bernilai RM220 juta yang disita oleh JSJN.

Dan isteri beliau pula telah berjaya dalam tuntutan harta Ooi yang disita dalam bentuk pegangan Saham.

Adakah sindiket dalam rampasan kokain bernilai RM2.4 bilion itu adalah sindiket yang sama dengan dengan rampasan 336kg heroin yang diseludup dalam kontena ke Australia baru-baru ini?

Dadah pernah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara, tetapi adakah pihak berkuasa dan pemimpin juga mempunyai anggapan yang sama?

Menurut lapuran PDRM dan AADK, pada tahun lepas sahaja, seramai 130,000 penagih dadah baharu telah dapat di kesan.

70% dari penagih dadah yang dapat dikesan adalah terdiri dari golongan remaja berbangsa Melayu!!!

Kerajaan Madani di bawah pimpinan Anwar Ibrahim mesti bertindak tegas.

Jangan hanya menjala ikan bilis yang terlibat dalam rantaian pengedaran dadah.

Jerung-jerung besar yang menjadi kingpin dan hidup mewah mesti diheret ke muka pengadilan.

Begitu juga pihak berkuasa dan ahli politik yang bersekongkol dengan rantaian pengedaran dadah mesti didakwa.

Ingat, kemewahan mereka datangnya dari penderitaan penagih dan keluarga mereka yang majoritinya adalah anak bangsa kita.

 

 

Kredit:

Thick Brick Blogspot

 

Apa Kesudahan Rampasan Kokain Seberat 12 Ton Yang Bernilai RM2.4 Bilion Di Pulau Pinang?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button