Bila Serigala Berjanji Hendak Selamatkan Ayam

Bila Serigala Berjanji Hendak Selamatkan Ayam

Bila Serigala Berjanji Hendak Selamatkan Ayam

Penulis yakin, rakyat terutamanya masyarakat Melayu Islam bukan setakat bosan, malah menyampah bila dengar Dr Mahathir meratib mahu tolong bangsa Melayu.

Isyarat yang masyarakat Melayu berikan kepada Dr Mahathir dalam PRU 15 sangat jelas.

Bukan sahaja beliau, malah semua calon yang bernaung di bawah GTA kehilangan duit deposit sudah cukup menggambarkan masyarakat Melayu sudah menolak beliau secara total.



2 kali menjadi perdana menteri selama 22 tahun dan ditambah lagi 22 bulan, berapa ramai orang Melayu yang Dr Mahathir bantu.

Bila Serigala Berjanji Hendak Selamatkan Ayam

Carta manusia terkaya di Malaysia boleh menjelaskan segala-galanya.

Dari 15 manusia terkaya di Malaysia, wakli orang Melayu cuma seorang, itu pun berada di tangga yang ke 15.



Tapi, ini tidak termasuk anak-anak beliau sendiri.

Paling menarik, apabila Dr Mahathir membayangkan sanggup berkerjasama dengan Muhyiddin, ketua Kluster Mahkamah 2.0.

Tidak lama dahulu, Dr Mahathir sendiri yang mengatakan adalah mustahil untuk beliau berkerjasama dengan Muhyiddin.

Beliau mendakwa ketika beliau sedang cuba membantu ekonomi orang Melayu, Muhyiddin tikam beliau dari belakang.



Tapi, seperti kata pepatah, lain hulu, lain parang, lain parang, lain dahulu, lain sekarang.

Muhyiddin yang kononnya sangat dibenci dan tidak boleh beliau berkerjasama, kini telah dihulurkan tangan untuk berkerjasama.

Bagi penulis sudah kenalah kerjasama mereka berdua.



Di era Dr Mahathir, berderet ‘orang Melayu’ telah berjaya menjadi jutawan.

Manakala di era Muhyiddin pula, berderet kontraktor Cina yang sudah di Melayukan oleh Muhyiddin melalui projek Jana Wibawa.

Inilah 2 manusia yang sering menjerit melolong mahu membela bangsa Melayu.

Tetapi mereka tidak lebih ibarat musang yang berjanji untuk menyelamatkan ayam direban.



 

Bila Serigala Berjanji Hendak Selamatkan Ayam

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button