PAU2023 – Ketepikan perbezaan demi Umno

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


PAU2023 - Ketepikan perbezaan demi Umno

PAU2023 (Perhimpunan Agung Umno 2023) dimulakan dengan perasmian mesyuarat serentak Sayap Umno oleh Timbalan Presiden Umno, Dato Seri Utama Mohamad Hj Hasan.



“Ketepikanlah semua kemarahan, dendam kesumat yang ada demi ukhwah kita” – Mohamad Hasan

PAU2023 - Ketepikan perbezaan demi Umno

Timbalan Presiden mengambil peluang menjelaskan mengapa perlunya Umno berada di dalam Kerajaan Perpaduan.

Merujuk kepada jumlah kerusi yang diperolehi pada PRU15 berbanding jumlah kerusi yang ditandingi, ia memberi isyarat paling jelas BN gagal mendapat kepercayaan pengundi.



Mohamad Hasan turut mengingatkan agar Umno tidak lagi mendabik dada dan perlu ‘muhasabah diri’ selepas PRU15.

Beliau turut menjelaskan hala tuju Umno dalam Kerajaan Perpaduan kepada para perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Mohamad mahu perwakilan menggunakan PAU2023 sebagai wadah perbincangan untuk mengembalikan kewibawaan serta kepercayaan pengundi kepada parti.

“Dna Umno ialah Melayu dan Islam, ini perlu diingatkan kepada semua ahli, kita tidak membuang Agama dan Bangsa”



PAU2023 - Ketepikan perbezaan demi Umno

Timbalan Presiden mencadangkan agar parti mula memikirkan survival parti bermula dari anak muda kerana kelangsungan parti akan diteruskan dari generasi ke generasi.

Mohamad juga mahu kerjasama dalam Umno digembeleng dan diperkasakan golongan lama dan baru demi menyediakan parti untuk masa depan.

Turut menyentuh peranan Wanita Umno, Mohamad menyeru agar parti lebih menghargai kerja keras Wanita yang selama ini menjadi tulang belakang parti.



 

 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button