Pesawat Air India terpaksa mendarat di Russia akibat masalah teknikal

Pesawat Air India terpaksa mendarat di Russia akibat masalah teknikal

Pesawat Air India terpaksa mendarat di Russia akibat masalah teknikal
Gambar fail – Seekor burung terbang di atas logo Air India di ibu pejabat korporat syarikat penerbangan itu di Mumbai, India pada 19 Oktober 2021. – Foto REUTERS

ISTANBUL: Sebuah pesawat Air India dari Delhi ke San Francisco terpaksa melencong dan mendarat di lapangan terbang di timur laut Russia selepas berdepan masalah teknikal membabitkan salah satu enjinnya, kata syarikat penerbangan itu hari ini.

Air India berkata, 216 orang penumpang pesawat berkenaan ditawarkan bantuan dan akan diberikan pilihan alternatif untuk tiba ke destinasi dengan penerbangan terawal.

Katanya, pesawat itu turut membawa 16 anak kapal.



Pihak berkuasa penerbangan Russia berkata, ia sedang memeriksa keadaan teknikal pesawat selepas mendarat di Lapangan Terbang Magadan.

Ketika ini, persoalan mengenai penginapan penumpang sedang diselesaikan oleh pihak berkuasa sempadan, kastam dan wilayah,” kata agensi pengangkutan udara, Rosaviatsia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah: Sanusi Bakal Di Dakwa


“Tidak jelas (apa yang berlaku), ada yang tidak kena dengan enjin, ada yang bocor, mereka akan menelitinya esok,” katanya.



Kejadian itu berlaku sehari selepas ketua syarikat penerbangan terbesar dunia membangkitkan kebimbangan keselamatan, susulan syarikat penerbangan yang terbang melalui ruang udara Russia dengan warga Amerika Syarikat (AS) antara penumpangnya.

“Apa akan berlaku jika sebuah syarikat penerbangan mendarat di Russia dengan beberapa warga AS yang terkemuka di dalamnya? Ini adalah krisis yang berpotensi untuk berlaku.

“Saya fikir kita harus selesaikannya sebelum krisis berlaku,” kata Ketua Pegawai Eksekutif United Airlines, Scott Kirby, semalam.

– REUTERS





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button