Kemana UMNO selepas PAU2023?

Oleh – Bakhtiar Omar


Kemana UMNO selepas PAU2023?

Hari ini merupakan hari terakhir PAU2023 (Perhimpunan Agung UMNO) dengan para perwakilan akan mengulas dan berbahas mengenai ucapan dasar Presiden Umno semalam. Persoalannya, kemana UMNO usai PAU2023?



Sejarah kembalinya Anwar ke Dewan Merdeka selepas 25 tahun turut mewarnai cakap-cakap politik seluruh negara.

Mencuri perhatian bila masih ingat bait-bait lagu rasmi Umno, pelbagai spekulasi dan andaian berkeliaran dimedia sosial.

Selepas berlakunya teguran keras dari Pemuda UMNO, ucapan lembut tetapi berisi dari Wanita UMNO dan keceriaan Puteri UMNO, apa sebenarnya akan dibawa pulang para perwakilan untuk ahli bawahan?

Bukan mudah untuk menerangkan kepentingan kerjasama politik yang sedang berlangsung antara Umno-Pakatan Harapan bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.



Sudah cukukah informasi yang diterima perwakilan bagi mereka menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku?

Mendepani PRN yang bakal berlangsung juga menimbulkan persoalan, adakah UMNO/BN mampu mengekalkan kerusi serta sekurangnya merampas 1 negeri untuk menjadi milik BN?

Kerjasama dengan PH sudah tentu akan memberi tekanan kepada UMNO dalam pembahagian kerusi memandangkan tiada sebuah negeri dari 6 buah merupakan milik BN.

Adalah diharapkan perbahasan hari ini membuka ruang seluasnya bagi para perwakilan mengupas semua isu dengan terbuka.



Kemana UMNO selepas PAU2023?

AMBIL PELUANG DENGAR DENYUT NADI AKAR UMBI

Pemimpin perlu mengambil peluang untuk mewujudkan komunikasi dua hala dengan ahli bawahan secara langsung menerusi perwakilan.

Ini akan memberi sekurangnya kelegaan perubahan UMNO yang dilaungkan dan bukan lagi retorik politik hanya untuk menjadi halwa telinga setiap kali berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno.

Jangan nanti berdegar ucapan perwakilan, Naib Presiden, Timbalan Presiden serta Presiden sendiri tetapi akhirnya sekadar paluan gong perasmian acara tahunan.



Berubahlah pemimpin UMNO untuk survival parti yang menjadi tunjang kerajaan selama lebih 6 dekad. Buktikan kepada rakyat UMNO/BN adalah harapan sebenar kepada rakyat Malaysiasesuai dengan lirik lagu “Umno terus mara untuk rakyat Malaysia”.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button