Musuh sakit hati melihat pemimpin PH bersama UMNO berhimpun dalam satu Dewan.
Gambar Anwar Ibrahim berada diatas pentas bersama pemimpin UMNO pada Perhimpunan Agong UMNO nampak nya membuat ramai musuh musuh UMNO kepanasan dan sakit hati.
Percubaan membuat orang Melayu membenci UMNO semakin sukar hari demi hari apabila belum terlihat apa apa tuntutan pelik pelik dari DAP yang sudah dilunaskan Ketika UMNO berada didalam Pakatan Harapan.
Ejekan dan sindiran UMNO sudah tunduk kepada DAP menjadi slogan kosong apabila dituntut pembuktian dan disuruh senaraikan apa yang sudah terlepas dan tergadai.
Malah jika dsenaraikan apa yang sudah tergadai dan terlepas Ketika TUN Mahathir dan BERSATU bersama DAP amat lah banyak.
Sudah hampir 9 bulan pun belum Nampak apa yang pihak musuh momokan .
Sebenar nya UMNO dan DAP faham apa implikasi jika ada pertelagahan .
Maka , kedua pihak mengadakan semacam ‘Cease fire” dan elak ujudkan pergeseran untuk kekalkan kerajaan.
Paling tersebar semalam ada lah gambar Anwar dan Zahid bermesra diatas pentas sambil Anwar menanyi lagu UMNO Dan kibar bendera UMNO.
Anwar turut menyanyi lagu UMNO sambil kubar bendera.
Ini amalan politik dewasa.
Tun Mahathir dan sewaktu dengan nya sangat berharap ada pergeseran antara UMNO dan DAP.
Mahathir dan Muhyiddin iri hati kerana DAP ada lah ‘fixed deposit’ kepada mana mana parti kerana DAP bertanding pada kolam yang tiada pesaing.
Pada Enam PRN akan datang BN dan PH berkompromi untuk menghalang Perikatan Nasional.
Atas sebab ini sangat wajar satu sama lain membantu untuk menang.
Tidak masuk akal untuk membiarkan musuh seperti PN yang bermatlamat mahu membunuh UMNO dibiarkan menang.