Laungan “Bebaskan Bossku” dalam PAU bukti ahli UMNO mahu Najib dibebaskan secepat mungkin

Rosmah Mansor, the wife of former Malaysian prime minister Najib Razak, leaves the Malaysian Anti-Corruption Commission headquarters after giving a statement in Putrajaya, on the outskirts of Kuala Lumpur, on June 5, 2018. / AFP PHOTO / Mohd RASFAN

Rosmah Mansor percaya laungan ‘bebaskan bossku’ yang berkumandang di Perhimpunan Agung Umno kali ini membuktikan ahli-ahli parti itu mahukan suaminya, Najib Razak dibebaskan segera daripada penjara.

Ketika bercakap kepada pemberita di Perhimpunan Agung Umno hari ini, Rosmah berkata dia berasa terharu dengan sokongan yang diberikan oleh ahli-ahli parti itu terhadap suaminya.

“Saya berasa amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh ahli-ahli Umno yang datang ke PAU (Perhimpunan Agung Umno) ini.

“Saya dapat merasai betapa mereka menghayati perjuangan suami saya dan juga mereka berharap supaya suami saya dibawa keluar secepat mungkin,” kata Rosmah ketika ditanya mengenai perjuangan Umno dalam misi membebaskan suaminya yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang.



Semalam laungan “Bebas Bossku” dan “Hidup Bossku” bergema di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Ia selepas Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu akan tetap memperjuangkan nasib Najib dan memberi keadilan kepada bekas perdana menteri itu.

“Dalam hati mereka selama ini mereka tahu bahawa suami saya tidak dapat perbicaraan yang adil.

“Jadi, semalam mereka cakap mereka inginkan Najib mendapat keadilan. Terima kasih kepada mereka yang berjuang keadilan di negara ini,” kata Rosmah.



Pembebasan bekas ahli parlimen Pekan itu adalah antara topik dibincang dalam PAU kali ini.

Pergerakan Pemuda Umno turut memberikan anugerah Tokoh Pemuda Umno Malaysia kepada bekas presiden Umno itu bagi menghargai pengorbanannya ketika menjadi perdana menteri.

Ini adalah PAU yang kedua tidak dihadiri Najib setelah dia dijatuhi hukuman 12 tahun dan denda RM210 juta bagi tujuh pertuduhan jenayah dalam kes membabitkan SRC International Sdn Bhd.

Sementara itu, Rosmah berkata dia terkenang Najib ketika menjadi presiden parti dan duduk pentas utama dalam perhimpunan parti berkenaan.

“Tentu rasa sedih, kerana beliau tidak dapat bersama-sama dengan kita.

“Kadang-kadang saya bayang ketika dia presiden bagaimana beliau duduk di atas itu memikirkan percakapan ahli Umno,” katanya.

{My-kmu)

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker