Wanita mengandung terselamat dalam kemalangan
Wanita mengandung terselamat dalam kemalangan
PETALING JAYA: Wanita sarat mengandung terselamat manakala seorang lelaki cedera dalam kemalangan di Jalan Kampung Sungai Lalang, Semenyih, Kajang, di sini hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kemalangan itu pada pukul 7.02 pagi.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dengan kekuatan lima anggota dikejarkan ke lokasi.
“Pasukan tiba dalam tempoh lapan minit dan mendapati dua kereta bertembung iaitu sebuah kereta Honda City dipandu seorang wanita berusia 35 tahun yang sedang sarat mengandung dan sebuah kereta Proton Saga dipandu seorang lelaki berusia 30-an.
“Mangsa wanita tidak mengalami kecederaan manakala mangsa lelaki tersepit di bahagian pemandu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk tindakan lanjut. – UTUSAN
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri harus terima hakikat tindakan nya antara punca kekalahan UMNO.
- Ke Mana Hilangnya Harta UMNO Ketika Mahathir Menjadi Presiden?
- Benarkah Dakwaan Idris Ahmad Bahawa Undi UMNO Berarti Undi Deklarasi Setapak DAP?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :