Warga emas diisytiharkan meninggal dunia kejutkan tetamu di majlis pengebumian
Kembali bernafas selepas 5 jam
Warga emas diisytiharkan meninggal dunia kejutkan tetamu di majlis pengebumian
SEORANG warga emas yang diisytiharkan sudah meninggal dunia oleh doktor mengejutkan ahli keluarga dan tetamu di majlis pengebumiannya kerana kembali bernafas.
Bella Montoya, 76, dari Ecuador, diletakkan di dalam keranda di mana ketika itu para tetamu hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.
Selepas hampir lima jam di dalam keranda, ahli keluarga wanita itu membuka penutup untuk menukar pakaiannya sebelum pengebumian, namun terkejut apabila melihatnya tercungap-cungap bernafas.
Video yang dirakam salah seorang tetamu pada majlis pengebumian tersebut menunjukkan keadaan Bella sedang tercungap-cungap di dalam keranda yang terbuka.
Anak lelaki Bella memberitahu media tempatan bahawa ibunya berada dalam unit rawatan rapi, tetapi bertindak balas.
Kementerian Kesihatan Ecuador telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat kejadian itu.
Terdahulu, Bella diisytiharkan meninggal dunia kerana penyakit angin ahmar. -BBC
Warga emas diisytiharkan meninggal dunia kejutkan tetamu di majlis pengebumian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara ‘Kejayaan Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang’ Sanusi Di Kedah
- 2 DIN Terkebil-Kebil Dalam Parlimen Bila Di Belasah PM
- UMNO undang kecelakaan jika pengkhianat dibawa masuk semula