Akhirnya Hadi Dan Sanusi Masuk Ke Dalam Perangkap Mahathir

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Akhirnya Hadi Dan Sanusi Masuk Ke Dalam Perangkap Mahathir

Rupa-rupanya ada udang di sebalik batu kenapa Dr Mahathir mahu berkerjasama dengan PAS dalam Proklamasi Melayu.

Seperti biasa, setiap gerak dan langkah manusia yang bernama Dr Mahathir, pasti ada agenda peribadi yang tersembunyi.



Dr Mahathir tahu, parti yang beliau tubuhkan dan yang kononnya beliau tinggalkan tidak akan mampu berdiri dengan sendiri.

Beliau juga sedar, gabungan NGO dan beberapa ahli politik sendu dalam GTA juga tidak mendapat kepercayaan rakyat.

Tetapi dalam masa yang sama, beliau tetap mahu anak kesayangan beliau, Mukhriz untuk menjadi legasi beliau dalam dunia politik tanah air.

Tetapi untuk merealisasikan impian beliau, satu platfom politik yang boleh diharapkan diperlukan.



Untuk menggunakan UMNO, adalah sesuatu yang sangat mustahil.

Pemimpin dan akar umbi UMNO sangat alergik dengan nama Dr Mahathir dan nama yang berkaitan dengannya.

Demi Mukhriz, Sanusi Mesti Di Korbankan

 

Akhirnya Hadi Dan Sanusi Masuk Ke Dalam Perangkap Mahathir



Satu-satunya peluang yang beliau lihat terbentang di hadapan mata adalah dengan menggunakan Perikatan Nasional.

Dr Mahathir juga tahu, menteri besar Kedah, Sanusi Md Nor, sudah mula tidak disenangi bukan sahaja oleh pemimpin PPBM, malah pemimpin PAS sendiri.

Malah, hubungan Sanusi dengan istana Kedah juga dikatakan tidak berada dalam keadaan yang baik.

Kedudukan Sanusi perlu dikorbankan untuk membuka laluan kepada Mukhriz.



Masalahnya, Dr Mahathir tidak berada dalam PN, apa lagi PAS.

Untuk beliau mendesak pemimpin PN atau pun PAS menggugurkan Sanusi, pasti tidak akan mendapat perhatian.

Cara yang terbaik adalah dengan mengikat presiden PAS, Hadi Awang, supaya menjadi lidah beliau.

Sanusi pasti tidak akan berdaya melakukan apa-apa sekiranya Hadi Awang yang bersuara.



Persoalannya bagaimana Dr Mahathir mahu memperalatkan Hadi Awang?

Seperti biasa, perjuangan untuk bangsa Melayu adalah pemudah cara yang paling berkesan.

Kini, apa yang dirancang Dr Mahathir sudah mula menampakkan kejayaan.

Akhirnya Hadi Dan Sanusi Masuk Ke Dalam Perangkap Mahathir



Sanusi sudah kepanasan dan beliau bertindak balas dengan mengumpulkan kira-kira 700 orang pemuda PAS Kedah untuk bersolidariti untuk beliau.

Tetapi sudah agak terlambat, malah ianya juga lebih memburukkan keadaan.

Penulis difahamkan, ada kemungkinan bukan sahaja Sanusi tidak akan menjadi menteri besar sekiranya PN berjaya pertahankan Kedah.

Maklumat dalaman PAS Kedah juga memberitahu, nama Sanusi juga mungkin akan digugurkan dari senarai calon PRN Kedah.

Selamat tinggal Sanusi…

 

Akhirnya Hadi Dan Sanusi Masuk Ke Dalam Perangkap Mahathir

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button