Anwar Ibrahim jawap saman Mahathir
Oleh – Editor
Semalam, PM Anwar akhirnya jawab Mahathir dengan memetik kes Opcom Berhad.
Perkara ini sudah pun dijawab Najib pada bulan Jun 2020 lalu.
Mahathir bersara sebagai PM4 dan Menteri Kewangan pada 31 Okt 2003.
Tetapi pada awal bulan dia akan bersara iaitu pada 7 Okt 2003, Kementerian Kewangan di mana Mahathir juga meruapkan Menteri Kewangan telah arahkan Telekom Malaysia untuk memberi satu projek bernilai RM241.2 juta secara rundingan terus kepada syarikat Opcom.
Anwar Ibrahim membangkitkan isu pemberian kontrak gentian optik RM214.2 juta yang diberikan kepada syarikat yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri dan menteri kewangan Dr Mahathir Mohamad dalam pembelaan terhadap saman fitnah terhadapnya. – Anwar jawap Mahathir – 15/6/2023
Pemilik majoriti Opcom itu adalah Mukhriz Mahathir dan juga Mokhzani Mahathir.
Sebab projek besar ini, syarikat Opcom berjaya disenaraikan di Bursa Malaysia beberapa bulan kemudian di mana anak-anak Mahahtir mengaut keuntungan ratusan juta Ringgit.
Pemberian kontrak oleh Telekom kepada syarikat anak-anak Mahathir secara rundingan terus tidak dapat dinafikan sebab wujudnya bukti-bukti dokumen serta pengumuman oleh Opcom kepada Bursa Malaysia.