Berhenti Dari Menjadi Jurucakap Pengkhianat UMNO
Berhenti Dari Menjadi Jurucakap Pengkhianat UMNO
Penulis tidak faham mengapa Ketua Pergerakan Pemuda UMNO masih terus berpolemik dengan isu DAP mesti meminta maaf kepada UMNO.
Pendirian presiden UMNO sudah jelas dan ianya diterima dengan baik oleh kepimpinan parti DAP.
Secara logiknya, yang mahu isu tersebut sentiasa dimainkan adalah kluster pengkhianat yang sudah dikenakan tindakan disiplin serta musuh UMNO.
Tidak sukar dibaca niat mereka hanyalah untuk menimbulkan ketegangan hubungan antara UMNO dan DAP.
DAP/PH adalah parti yang mendapat sokongan lebih 90% dari masyarakat bukan Melayu dan meyarakat bandar.
Manakala UMNO pula, walau pun kalah teruk dalam PRU 15, ianya tetap menjadi pilihan masyarakat Melayu dan masyarakat luar bandar.
Sekiranya PRU 15 tidak dicemari dengan rasuah politik, keputusan PRU 15 pasti akan jauh berbeza.
Faktanya ada dalam PRN Melaka dan PRN Johor.
Kerjasama antara BN dan PH dalam mana-mana pilihanraya, pasti akan menjadi mimpi ngeri kluster pengkhianat UMNO dan PN.
Persoalannya sekarang, adakah Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh, adalah jurucakap kepada kluster pengkhianat UMNO?
Kita tahu beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Hishamuddin Hussien, malah beliau melantik ‘budak Hishamuddin’ sebagai Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia.
Tetapi beliau jangan lupa, beliau kini merupakan sebahagian dari kepimpinan kanan UMNO.
Boleh berselisih pendapat serta tidak salah menjadi suara pendesak, tetapi amat salah sekiranya beliau menjadi lidah kepada pengkhianat dan musuh UMNO.
Pemimpin DAP sudah memberikan komitmen untuk membantu ‘all out’ UMNO dalam 6 pilihanraya negeri.
Malah, YDPA Agong sendiri sudah mengakui, negara kini berada di landasan yang betul.
Nasihat penulis, kalau tersesat di hujung jalan, baliklah ke pangkal jalan sebelum segala-galanya terlambat.
Ingat, UMNO adalah parti keramat orang Melayu.
Siapa yang mengkhianati perjuangan nenek moyangnya sendiri, pasti akan mendapat balasan yang setimpal!!!
Berhenti Dari Menjadi Jurucakap Pengkhianat UMNO
Di Syorkan Untuk Anda:
- 2 DIN Terkebil-Kebil Dalam Parlimen Bila Di Belasah PM
- Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS
- Antara ‘Kejayaan Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang’ Sanusi Di Kedah