Vincent Tan lepaskan KV Kortrijk
Vincent Tan lepaskan KV Kortrijk

KUALA LUMPUR: Pemilik KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan bersetuju melepaskan kelab Belgium itu kepada ahli perniagaan kelahiran Amerika Syarikat-Poland, Maciek Kaminski.
Perkembangan itu diumumkan kelab berkenaan dalam satu kenyataan di laman web rasmi mereka, hari ini.
“Saya ucapkan selamat berjaya kepada Maciek Kaminski dan keluarganya. Kaminski adalah seorang pemilik yang bagus kepada kelab yang mana sudah memiliki pengalaman dalam bola sepak,” kata Vincent.
“Saya fikir dia akan membawa kelab ke tahap yang lebih tinggi. Saya mahu mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada penyokong, staf dan bandar ini atas sokongan sepanjang tempoh saya berada di sini,” katanya.
Kaminski sebelum ini turut dikaitkan dengan cubaan memiliki kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton pada tahun lalu, namun gagal direalisasikan.
Vincent Tan lepaskan KV Kortrijk
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 1 As Sabiqun Kantoi, 1000 As Sabiqun Akan Muncul, Hoi Hoi Ya Hoi
- Berhenti Dari Menjadi Jurucakap Pengkhianat UMNO
- Akhirnya Hadi Dan Sanusi Masuk Ke Dalam Perangkap Mahathir
- Mukhriz akan bertanding di Kedah jadi Calon MB?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :