Trio pecut raih gangsa

Trio pecut raih gangsa

Trio pecut raih gangsa
Trio pecut berpasukan negara beraksi ketika sesi kelayakan di Velodrom Nasional. NSTP/AZRUL EDHAM

NILAI: Trio pecut berpasukan negara melaungkan amaran awal betapa mereka bakal menjadi pencabar pingat di Sukan Asia Hangzhou selepas meraih gangsa di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023, sebentar tadi.

Kombinasi Mohd Fadhil Mohd Zonis, Muhammad Ridwan Sahrom dan Umar Hasbullah yang baharu dibentuk mempamerkan kayuhan bertenaga apabila mencatat masa 44.363 saat (s) bagi menewaskan Kazakhstan yang mencatat 44.488s pada aksi penentuan gangsa yang berlangsung di Velodrom Nasional Nilai.

Emas acara itu dimenangi trio Jepun yang mencatat masa 42.987s selepas mengatasi China dengan catatan 43.619s.



Fadhil yang juga pelumba paling senior dalam pasukan mengakui berbangga dengan persembahan ditampil dua pelumba muda, Ridwan dan Umar yang berjaya melaksanakan perancangan disusun pasukan dan ketua jurulatih, John Beasley.

Katanya, pencapaian pada kejohanan kali ini memberi petanda positif untuk mereka bersaing memburu pingat di Sukan Asia Hanghzhou yang dijadual berlangsung pada 23 September hingga 8 Oktober depan.

“Kalau kita tengok pada kejohanan kali ini, jurang antara kami dengan China tidak jauh. Saya percaya kalau kami terus bekerja keras dalam latihan dan betul-betul fokus, kami berpeluang untuk bersaing bagi kedudukan 1-2,” kata Fadhil yang selepas ini akan mengalihkan fokus dalam acara kegemarannya 1 kilometer (km) ujian masa individu.

Sementara itu, skuad wanita yang dibarisi Nurul Aliana Syafika Azizan, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Anis Amira Rosidi berjaya meleburkan rekod kebangsaan milik mereka dalam acara pecut berpasukan ketika penentuan gangsa dengan catatan 49.204s.

Trio berkenaan memperbaharui rekod kebangsaan mereka sebelum ini 50.172s yang dilakukan ketika saingan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Milton, Kanada, April lalu.



Catatan itu bagaimanapun tidak cukup untuk Malaysia memenangi gangsa apabila tewas di tangan Korea Selatan yang mencatat masa 48.847s. Pingat emas dimenangi China dengan catatan 46.723s bagi mengatasi Jepun yang mencatat 48.198s.

Dalam pada itu, bagi saingan berbasikal trek para, Malaysia memenangi emas dalam acara tandem pecut berpasukan campuran yang dibarisi Khairul Hazwan Wahab, Khairul Adha Rasol, Nur Suraiya Zamri dan Farina Shawati selepas pencabar mereka tidak hadir.

Bagaimanapun, situasi itu tidak menghalang mereka untuk mempamerkan kayuhan bertenaga apabila mencatat rekod kebangsaan dengan catatan 52s mengatasi rekod lama 52.429s.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.




Malaysia turut meraih perak dalam acara pecut berpasukan menerusi trio Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, Muhammad Hafiz Jamali dan Zuhairi Ahmad Tarmizi yang tewas di tangan China pada aksi penentuan emas.

China unggul dengan catatan 49.216 manakala Malaysia terpaksa berpuas hati dengan 51.697s.

Trio pecut raih gangsa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.



 

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading