Depa Katalah, Tak Percaya Tanya Orang Kedah
Depa Katalah, Tak Percaya Tanya Orang Kedah
Rakyat Kedah khabarnya sudah tidak sabar untuk membuang undi dalam PRN Kedah.
Bukan apa, ramai yang dah sanggup melihat kerenah menteri besar paling loklak dalam sejarah negeri Kedah.
Buat kata orang Kedah, bukan kata hendak tengok muka, dengar nama Sanusi pun rasa nak muntah.
Depa katalah, kalau tak percaya tanya orang Kedah.
Berikut antara isu-isu yang menjadi perbualan hangat rakyat Kedah yang membuatkan mereka tak sabar hendak mengundi dalam pilihanraya negeri Kedah.
Masalah Bekalan Air Bersih Kedah
@mohdhanif841 Ni dia, duk kata Selangor macam². Dia sendiri duk perintah tak ketahuan. Tak habis isu oiiii! @sanusimdnor #pnbest #mbkedah #PAS #kerajaanperpaduan
Mungkin sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023 merupakan sambutan hari raya yang paling menyedihkan bagi penduduk Kedah.
Mana tidaknya, hampir 2.2 juta penduduk negeri Kedah menyambut perayaan tanpa bekalan air bersih.
Rakyat mungkin gelisah sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik.
Tetapi rakyat akan menjadi sangat marah apabila berlakunya gangguan bekalan air bersih, lebih-lebih ketika musim perayaan.
Bayangkan menyambut perayaan tanpa bekalan air bersih.
Bermacam-macam masalah terpaksa diharungi.
Masalah hendak memasak untuk perayaan, membersihkan badan dan macam-macam masalah lagi yang berkaitan dengan gangguan bekalan air.
Tapi Sanusi yang bijaksana mempunyai penyelesaian yang paling berkesan.
Masalah gangguan bekalan air bersih yang dihadapi tahun ini, tetapi kesalahan diletakkan kepada BN dan PH yang memerintah lebih 5 tahun yang lepas.
Selain dari menyalahkan BN dan PH, Sanusi juga tidak lupa menyalahkan cuaca panas dan musim kemarau!!!
Muda Mudi Weekend Fest Di Kedah
@mohdhanif841
harap kerajaan Kedah jawab la isu ni #tolakBNPN
Bulan Oktober tahun lepas, gempar bila anak muda di Alor Setar adakan pesta betul-betul di hadapan Masjid Zahir.
Bila ianya tular di media sosial, barulah kerajaan Kedah melalui EXCO Pelancongan, Seni dan Budaya negeri, Mohd Firdaus Ahmad, kelam kabut.
Sanusi pula berikan arahan supaya semua konsert di bumi Kedah diharamkan serta merta.
Agaknya kalau tak tular, pesta macam tu hukumnya ‘makruh’ jer di bumi Kedah.
TAKDIRRR…
Pemerintahan Melayu Isley PAS Kedah…
Depa Katalah, Tak Percaya Tanya Orang Kedah
Di Syorkan Untuk Anda:
- 1 As Sabiqun Kantoi, 1000 As Sabiqun Akan Muncul, Hoi Hoi Ya Hoi
- Berhenti Dari Menjadi Jurucakap Pengkhianat UMNO
- Akhirnya Hadi Dan Sanusi Masuk Ke Dalam Perangkap Mahathir