Orang UMNO mahu lompat ke PN bukan ‘Panglima” , tapi Pengkhianat

 

Semakin hampir PRN Enam negeri , maka semakin gelabah dan huru hara lah Perikatan Nasional dalam menghadapi nya.

Kami juga turut menerima laporan bahawa PN sudah pun membuat beberapa siri ceramah berskala mega di Selangor.



Baru baru ini , Azmin Ali juga dilaporkan sudah mula berjumpa ahli ahli kedua parti PAS dan BERSATU.

Selain itu Muhyiddin Yassin juga turut menjelajah dibeberapa tempat untuk memberi ceramah dan syarahan .

Termasuk lah Annar Musa juga.



Begitu jelas sekali betapa ketakutan nya PN berhadapan PRN.

Berbanding dengan Barisan Nasional dan Perikatan Harapan , PN kelihatan seolah lah panik dan ketakutan.

Di utara pula Menteri Besar Kedah , Sanusi Md Nor sudah beberapa kali mengumpul jentera seolah lah bersolidariti menyokong nya.

Kenapa itu terjadi?



Boleh lah dirumuskan , PN merasa gentar dan ketakutan menghadapi PRN.

In bersebab, antara nya PN hadapi Rakyat dengan berstatus sebagai penyamun dan perompak dengan terdakwa nya beberapa pemimpin PN dimahkamah.

Sementara itu Hamzah Zainuddin membuat pemberitahuan bahawa akan ada lompatan katak dari UMNO BN kepada PN.

Jika ini diambil kira , maka boleh dikatakan boleh dipercayai sekadar 50% sahaja.



Mungkin ada tapi bukan semacam yang dikatakan oleh Hamzah Zainuddin.

Harus faham , jika hendak lompat , hari ini pun boleh, tidak perlu tunggu PRN pun.

Dan jika ada ia bukan semua bertaraf Panglima tetapi bertaraf pengkhianat.

Harus di faham , Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainuddin amat geram dan dendam dengan apa yang terjadi terhadap keluarga mereka yang disiasat oleh SPRM.



Maka, kita faham kah akan kedudukan perasaan mereka.

Maka , menyatakan akan ada Panglima UMNO melompat , Ia pasti untuk mengertak dan untuk puaskan hati yang tebakar.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button