Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau

Dalam satu kenyataan media di lobi parlimen, menteri pendidikan di era Muhyiddin dan Ismail Sabri, Radzi Jidin, membawa isu pelajar tidak ambil peperiksaan SPM.

Satu isu yang sangat penting dan memang patut diketengahkan untuk dikaji dan diambil tindakan secara serius.

Kerana ianya berkaitan dengan pendidikan dan masa hadapan anak muda yang bakal mewarisi negara.



Tetapi agak malang bila isu yang sangat penting ini dipolitikkan oleh ahli parlimen Putrajaya dari Perikatan Nasional tersebut.

Beliau lebih menekankan perbezaan jumlah pelajar yang disebut perdana menteri berbanding dengan angka yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.

Kita terima mungkin berlaku kesilapan dalam memberikan maklumat dan ianya adalah ‘human error’.

Dan penulis juga akui, kesilapan memberikan maklumat seperti ini tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi maklumat yang hendak disampaikan kepada perdana menteri.



Tetapi apakah dengan memainkan isu perbezaan bilangan pelajar yang tidak menduduki peperiksaan SPM akan menyelesaikan masalah pokok yang bakal dihadapi negara?

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau

Sebagai seorang mantan menteri pendidikan, Radzi sepatutnya lebih fokus untuk mendapatkan jawapan apakah puncanya yang menyebabkan perkara ini berlaku.

Adakah kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) semasa pandemik Covid-19 adalah penyebabnya?



Kita faham kerajaan ketika itu tidak mempunyai pilihan, tetapi mengapa PdPR tidak berjaya?

Adakah kerana liputan internet terutamanya di kawasan luarbandar terlalu lemah dan menyebabkan murid keciciran?

Atau ibubapa tidak mampu untuk menyediakan gajet yang diperlukan oleh anak-anak mereka?

Apa pula tindakan yang akan diambil oleh kerajaan terhadap mereka yang tercicir ini?



Atau mungkinkah kerana pelajar sudah tidak minat meneruskan pelajaran kerana pendapatan dalam ‘gig economy’ adalah lebih baik dari graduan?

Adakah kerajaan akan memperkasakan industri ‘gig economy’ bagi menjamin masa hadapan mereka?

Itulah perkara pokok yang sepatutnya beliau bawa di parlimen, bukannya bilangan ini betul tapi bilangan itu tidak betul.

Penulis sedih dan kasihan dengan pengundi Radzi Jidin di parlimen Putrajaya.



 

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button