Banglo siapa pula jadi perhatian?
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Berita kediaman Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin, yang diserbu pihak berkuasa menarik perhatian ramai.
Sudah berlegar kisah ada banglo yang kini menjadi perhatian pihak berkuasa dan menunggu masa dan bukti untuk dilakukan serbuan mengejut.
Ini termasuk banglo serta kediaman mewah pemimpin politik Malaysia yang terletak di kawasan peranginan Janda Baik.
Malah, kawasan elit termasuk Damansara juga dipercayai menjadi perhatian.
Walaupun Hamzah tampil menafikan serbuan yang dilakukan terhadap kediamannya, dipercayai serbuan telahpun dijalankan, cuma tidak dimaklumkan kepada mana-mana pihak.
Telah lama kediaman-kediaman elit serta yang terletak di kawasan peranginan menjadi tempat menyimpan fail sulit kerana premis demkian sukar untuk dimasuki pihak berkuasa melainkan disertakan waran perintah.
Serbuan (jika benar) yang dilakukan patut diberikan pujian. Pihak berkuasa hanya menjalankan tugas demi keadilan semua pihak dan tidak menyebelahi mana-mana pihak lain.
Ini selaras dengan hasrat kerajaan mahu mewujudkan pemerintahan yang bebas dari unsur-unsur meragukan serta penyalahgunaan kuasa oleh kalangan ahli politik.
Menurut sumber yang dipercayai, tindakan serbuan yang dilakukan terhadap kediaman individu tertentu bukanlah tindakan semberono.
Siasatan demi siasatan dilakukan bagi mengenalpasti apa kesalahan yang dilakukan sebelum tindakan serbuan dibuat.
Malah, bukan hanya satu pihak berkuasa terlibat dalam serbuan tetapi melibatkan sekurangnya 3 pihak dari berlainan kategori kuasa.
Ini dapat mengelakkan pertindihan maklumat serta dakwaan yang akan dilakukan terhadap individu yang melakukan kesalahan.
Sumber turut mendedahkan sekurangnya terdapat sehingga 8 kediaman berupa banglo serta rumah agam di kawasan peranginan diperhatikan.
Bagaimanapun sumber enggan mendedahkan nama pemilik banglo, rumah agam tersebut.
Siapa lagi selepas ini? Dipercayai kediaman terakhir yang diserbu telah menjumpai bukti bernilai jutaan ringgit namun tiada pengesahan didapati.