Kelantan akan kaya jika kekalkan kerajaan PAS, alasan untuk kekal berkuasa sahaja.

Jika didalam perut bumi Kelantan ada Nadir bumi dan harta galian tanah bernilai RM125 bilion , usahkan kerajaan PAS, bahkan sesiapa jadi kerajaan pun Kelantan akan kaya raya.

Sebalik nya , harta balak yang dimilki sudah hampr 30 tahun pun Kelantan tidak kaya juga.

Siapa yang kaya ?



Menteri Besar bertukar ganti dibawah kerajaan samua dari PAS, tetapi Kelantan tidak mewah juga.

Air keluar dari paip tetap berkarat tetap tidak reti diuruskan sekian lama.



Maka, apabila Menteri Besar Kelantan Nik Amar Nik Abdullah menyatakan jika rakyat Kelantan kekalkan kerajaan PAS sedia ada, Kelantan akan menikmati kekayaan dimasa depan ada lah kenyataan mahu kekal berkuasa sahaja.

Masalah besar negeri Kelantan ada lah hal “management”.

Pengurusan tidak cekap dan kuat berceramah.

Jika masalah air sekian lama pun tidak reti diuruskan , berapa trillion aset dalam perut bumi Kelantan pun tidak berguna juga.



Kenali lah masalah utama negeri Kelantan.

Demi hendak menghadapi PRN , maka munasabah lah kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar ada lah janji untuk menghalang kerajaan yang tidak efsien dari di tukar.

Pihak lain juga boleh menguruskan hal dalam perut bumi Kelantan jika diber peluang , bukan kerajaan PAS sahaja.



Malah apa yang ada didalam perut bumi Kelantan bukan atas kehebatan pemerintah PAS tetapi sememang anugerah Allah kepada bumi seperti anugerah hutan kayu balak.

Kelantan banjir lumpur akibat terlalu banyak pembalakan.

Tukar pentadbir lain pun deposit yang ada didalam bumi tetap sama juga.



Ia bukan kehebatan PAS.

Maka, rakyat Kelantan sendiri terpaksa keluar negeri lain dalam ‘volume’ lebih besar dari negeri negeri lain kerana kegagalan pentadbir menguruskan negeri Kelantan.

PAS hidup dengan slogan agama , tetapi tidak memenuhi kehendak agama.

Fakir hampir kepada kekufuran, PAS Kelantan tidak cuba menghapuskan pengangguran dan tidak cuba jana kekayaan sepanjang pemerintahan.



Track record PAS mentadbir negeri Kelantan sangat tidak bagus.

Kini , apabila menjelang PRN , PAS terpaksa pancing pengundi dengan cerita ada deposit dalam bumi Kelantan sekian lama ribuan tahun tetapi baru mahu beri maklmum kepada rakyat jika kekalkan PAS , maka negeri Kelantan akan bertambah kaya.

Selama sebelum PRN , PAS buat apa?


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading