Anzalna Nasir Kumpul Dana Selamatkan Nyawa Luth – ‘Dia Ditidurkan Buat Masa Sekarang’

Anzalna Nasir Kumpul Dana Selamatkan Nyawa Luth – ‘Dia Ditidurkan Buat Masa Sekarang’

Anzalna Nasir Kumpul Dana Selamatkan Nyawa Luth – ‘Dia Ditidurkan Buat Masa Sekarang’

Pelakon terkenal, Anzalna bertindak mengumpulkan sejumlah dana bagi membantu seorang kanak-kanak yang menderita penyakit high grade glioma.

Selamatkan nyawa Luth

Anzalna Nasir Kumpul Dana Selamatkan Nyawa Luth – ‘Dia Ditidurkan Buat Masa Sekarang’



Kisah seorang kanak-kanak, Mas Muhammad Luth yang berusia empat tahun penghidap high grade glioma telah mendapat perhatian pelakon jelita itu yang terpanggil untuk membantu menyelamatkan nyawa kanak-kanak tersebut.

Penyakit jarang jumpa tersebut merupakan sejenis tumor yang ‘hinggap’ di kepala dengan sangat agresif dan memerlukan rawatan segera.

Hati siapa yang tidak luluh apabila melihat kanak-kanak yang ceria tiba-tiba jatuh sakit. Paling menghibakan apabila penyakit tersebut jarang dijumpai dan amat sukar untuk diberikan rawatan.

Saya memang sudah mengenali Luth sejak dari kecil lagi. Dia pun lebih kurang usia anak saya dan pastinya apa yang berlaku membuatkan saya terpanggil untuk mencari dana membantu dia mendapatkan rawatan sewajarnya untuk kembali pulih.



Dalam pada itu, pelakon drama Memori Cinta Suraya ini berkongsi bahawa ibu kepada kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Hazirah adalah merupakan kenalan rapatnya. Wanita itu juga adalah seorang ibu tunggal yang memiliki tiga orang cahaya mata.

Luth juga sudah menjalani pembedahan bagi membuang bahagian tumor tersebut sejak didiagnostik pada 31 Januari lalu namun rawatan susulan masih diperlukan.

Memang dia sudah menjalani pembedahan dan rawatan susulan termasuklah radioterapi dan kemoterapi. Namun keputusan ujian MRI baru-baru ini menunjukkan keputusan yang kurang memberangsangkan.

Paling menyedihkan apabila doktor memaklumkan bawasanya kes yang berlaku kepada Luth amat jarang berlaku dalam dunia terhadap kanak-kanak.



Hanya 10 peratus sahaja mampu bertahan dan peluang untuk hidup hanya satu tahun sekiranya tidak mendapat rawatan.

Menurut pelakon berusia 35 tahun itu, keadaan Luth ketika ini semakin lemah dan perlu segera dibawa ke United Kingdom untuk mendapatkan rawatan bersama doktor pakar.

Ibunya sendiri sudah mengeluarkan segala simpanan yang ada bagi mengumpulkan dana namun masih belum mencukupi. Jadi saya minta jasa baik semua pihak untuk membantu meringankan beban mereka

Dengan rendah hati dan keprihatinan rakyat Malaysia, saya yakin kita mampu mengumpulkan dana yang diperlukan. Hari ini mungkin mereka diuji, dugaan untuk kita belum tentu lagi. Semoga usaha kecil kita semua mampu menyelamatkan nyawa Luth.



Bagi anda yang ingin membantu Luth sumbangan boleh diberikan menerusi https://bantuan.hollow-web.com/ Instagram Luth.

Anzalna Nasir Kumpul Dana Selamatkan Nyawa Luth – ‘Dia Ditidurkan Buat Masa Sekarang’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button