Belgium musnahkan vaksin COVID-19 luput
Belgium musnahkan vaksin COVID-19 luput

BRUSSELS: Kerajaan Belgium pada Isnin mengumumkan negara itu akan memusnahkan hampir enam juta dos vaksin COVID-19 yang sudah luput, lapor media tempatan.
“Beberapa kajian menunjukkan vaksin yang disesuaikan dengan subvarian BA.4/5 jauh lebih berkesan berbanding vaksin asal menentang COVID-19,” kata Menteri Kesihatan, Frank Vandenbroucke kepada jawatankuasa kesihatan Parlimen Persekutuan, lapor Agensi Anadolu memetik harian Het Laatste Nieuws.
Vandenbroucke berkata, Belgium tidak boleh menggunakan lagi lebihan vaksin asli dan 2.6 juta dos Moderna dan 3.3 juta dos Pfizer akan dimusnahkan secepat mungkin.
Belgium musnahkan vaksin COVID-19 luput
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penjelasan Terhadap Jawapan Anwar Mengenai Hakim Nazlan Di Dewan Negara
- LHDN ‘Melawat’ Hamzah, Kenapa Muhyiddin Pula Menggelabah?
- Muhyiddin Hilang Keyakinan Kepada Azmin Dan Noh Omar