Janna Nick Akui Silap Undang Ustaz Wadi

Saya Lalai, Majlis Itu Tak Sesuai Dengan Dia

Janna Nick Akui Silap Undang Ustaz Wadi

Janna Nick Akui Silap Undang Ustaz Wadi

Pelakon dan penyanyi Janna Nick mengaku silap mengundang pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar untuk membacakan doakan di hari perkahwinannya, pada 10 Jun lalu.

Mengaku silap

Janna Nick Akui Silap Undang Ustaz Wadi



 

Ketika ditemui Oh Bulan! Janna berkata tujuan asal dia menjemput Ustaz Wadi adalah untuk mengetuai bacaan yassin dan tahlil sehari sebelum majlis akad nikah berlangsung.

Bagaimanapun, dia akui terlepas pandang apabila resepsi perkahwinannya itu kurang sesuai untuk dihadiri pendakwah tersebut.

Tujuan saya menjemput Ustaz Wadi kerana malam sebelum hari pernikahan minta dia untuk ketuai majlis doa selamat dan bacaan yassin. Malam itu juga, dia ada menyampaikan ceramah bertajuk Memimpin Isi Rumah Ke Syurga.



Kerana itu Ustaz Wadi tahu ada undangan perkahwinan dan saya tidak tahu hukum dalam Islam kalau dah jemput orang itu, wajib kena datang.

Saya minta maaf itu adalah kealpaan saya, saya sedar itu merupakan kelalaian dan kesalahan dari pihak saya yang mana majlis itu tidak sesuai dengan dia.

Janna berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan filem Jemputan Ke Neraka yang diadakan di Starling Mall, pada Isnin.

Sudah mohon maaf

Janna Nick Akui Silap Undang Ustaz Wadi



Tambah pelatun lagu Gatal itu lagi, dia sudah pun membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Ustaz Wadi dan memohon orang ramai untuk berhenti memperkatakan itu tersebut.

Ustaz Wadi pun dah buat penjelasan daripada pihak dia, saya juga tidak mahu panjangkan isu ini.

Saya sangat menghormati Ustaz Wadi dan juga para ulama yang ada di Malaysia, sebab mereka adalah para ilmuan yang banyak sampaikan ilmu kepada kita semua rakyat Malaysia.

Saya sebagai orang yang cetek ilmu sangat menghormati mereka semua. Kalau mahu bandingkan nama saya denga dia sangat jauh beza. Saya rasa hina sangat kalau mahu panjangkan kontroversi ini.



Saya mohon kepada orang ramai untuk tidak lagi kaitkan nama Ustaz Wadi dengan saya. Saya juga telah membuat permohonan maaf secara peribadi dengan dia.

Semoga semua orang boleh hentikan isu ini dan tidak berlaku perbalahan. Niat saya hanya mahu mohon keberkatan daripada orang yang ilmunya tinggi untuk mendoakan perkahwinan saya.

Terdahulu, kehadiran Ustaz Wadi ke majlis perkahwinan Janna telah mengundang cakap nakal dalam kalangan netizen.

Ini kerana, wargamaya melihat majlis resepsi bertema ala barat itu tidak sesuai untuk dihadiri oleh agamawan selain busana Janna yang dikatakan tidak menutup aurat.



Pada 10 Jun lalu, Janna selamat mendirikan rumah tangga dengan aktor Dini Schatzmann dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Langkawi.

Janna Nick Akui Silap Undang Ustaz Wadi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button