Tangan Opai Ada Benjolan, Fatin Afeefa Seloroh Kena Pukul Geng Honda [VIDEO]
Tangan Opai Ada Benjolan, Fatin Afeefa Seloroh Kena Pukul Geng Honda [VIDEO]
Pelakon dan usahawan Fatin Afeefa mencuri perhatian wargamaya di media sosial selepas memuat naik video suaminya, Aliff Awang dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta.
Kena pukul?
Menerusi hantaran di Instagram Story, Fatin berkongsi rakaman yang memaparkan Aliff atau lebih mesra disapa Opai sedang terlantar di atas katil hospital.
Namun, aktres berumur 29 tahun ini tidak memperincikan punca sebenar sebaliknya berseloroh dengan mengatakan Opai dipukul oleh geng kereta berjenama Honda.
Kena pukul dengan geng Honda.
Sementara itu, jutawan saham muda dilihat memuat naik video menunjukkan benjolan di bahagian tangan. Katanya, itu tanda ‘racer (pelumba) yang sebenar.’
@ohbulanofficial Aliff Awang tampil bersuara selepas JPJ Kuala Lumpur mengesahkan nombor plat yang digunakan pada kenderaan jenis McLaren adalah bukan nombor sebenar 🤔 #ohbulan #sembangentertainment #opai #bersuara #nomborplat #jpj #mclaren
Baru-baru ini, netizen mempersoalkan adakah kenderaan jenis McLaren milik Opai memandangkan nombor plat yang tertera bukan berdaftar atas kenderaan terbabit malah ianya berdaftar atas nama syarikat yang tiada kaitan dengan suami pelakon itu.
Terdahulu, Opai dikecam teruk selepas tular videonya didakwa menghina kereta jenis bukan supercar pada sebuah acara pertunjukan kereta yang diadakan di Pavilion Kuala Lumpur.
Opai kemudian membuat permohonan maaf menerusi satu hantaran video pendek di Instagram Stories (IG Story) miliknya sebelum dikongsikan semula oleh seorang pengguna di laman TikTok.
Sumber: Instagram
Tangan Opai Ada Benjolan, Fatin Afeefa Seloroh Kena Pukul Geng Honda [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penjelasan Terhadap Jawapan Anwar Mengenai Hakim Nazlan Di Dewan Negara
- LHDN ‘Melawat’ Hamzah, Kenapa Muhyiddin Pula Menggelabah?
- Muhyiddin Hilang Keyakinan Kepada Azmin Dan Noh Omar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan