Polis rakam keterangan operator CCTV SUKE, DUKE

Polis rakam keterangan operator CCTV SUKE, DUKE

Polis rakam keterangan operator CCTV SUKE, DUKE

PETALING JAYA: Kertas siasatan kes penunggang motosikal yang melawan arus sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang, pada 14 Jun lalu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat ini.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya akan merujuk kertas siasatan setelah siasatan dilengkapkan.



Katanya, setakat ini, kesemua saksi termasuk suspek diambil keterangan pada 19 Jun lalu.

“Saksi melibatkan operator kamera rakaman litar tertutup SUKE dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE).

“Keadaan suspek masih cedera, namun, stabil dan dalam pemantauan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian




Tambahnya, kedua-dua kenderaan yang terlibat dihantar untuk pemeriksaan Puspakom dan Jabatan Kimia.

“Kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Rabu lalu, media melaporkan penunggang ‘superbike’ jenis Ducati maut akibat terjatuh dari jejambat SUKE berhampiran Ulu Kelang.



Kemalangan terbabit turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dalam video berdurasi 12 saat sehingga tular yang memaparkan kemalangan tersebut dipercayai akibat sebuah motosikal melawan arus.

Sabtu lalu, Mohd. Azam dilaporkan berkata, suspek yang menunggang melawan arus tampil membuat laporan polis semalam berhubung dengan kemalangan terbabit di Balai Polis Trafik Kajang.

“Suspek adalah lelaki berusia 41 tahun bekerja sebagai peniaga makanan menetap di Kajang.

“Siasatan mendapati suspek dalam perjalanan dari Ampang untuk pulang ke rumah di Kajang tetapi tersesat dan buat keputusan untuk memasuki jejambat Lebuhraya SUKE dengan melawan arus sehingga kemalangan berlaku,” katanya.-UTUSAN



Polis rakam keterangan operator CCTV SUKE, DUKE


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button