Sedia luas operasi dengan tambahan 19 pesawat A320
Sedia luas operasi dengan tambahan 19 pesawat A320
AIRASIA bersedia untuk melebarkan sayapnya menerusi penambahan 19 pesawat Airbus 320 (A320) baharu yang dijangka mula beroperasi tahun ini, dengan pesawat pertama dijangka diterima menjelang akhir bulan depan.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tony Fernandes berkata, tambahan pesawat baharu itu akan menyokong usaha syarikat penerbangan berkenaan untuk meraih semula 100 peratus kapasiti sebelum pandemik dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Beliau berkata, setakat ini, kumpulan itu mempunyai 170 kapal terbang yang kembali beroperasi.
“Kami sudah memuktamadkan 19 pesawat dan berbincang untuk menerima lebih banyak.
“Pada masa sama, AirAsia turut menjangkakan kesemua 204 pesawat akan diaktifkan menjelang akhir Ogos ini dan mencapai 100 peratus kapasiti seperti sebelum pandemik beberapa bulan akan datang,” katanya kepada media Malaysia di Pertunjukan Udara Paris di sini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menteri Ekonomi tidak berfungsi, elok mansuhkan jawatan ,kata Sharir Samad.
- PAS Mula Menekan PPBM Dalam Pembahagian Kerusi Pada Pilihanraya Negeri
Sebanyak 362 pesawat A321 dijangka tiba tahun depan, katanya sambil memaklumkan AirAsia X dijangka memiliki 15 pesawat berbadan lebar dan 20 pesawat XLR.
“Kami turut bercadang untuk membawa A330 ke Indonesia dan Filipina untuk meluaskan rangkaian ini,” katanya.
Sementara itu, Fernandes berkata, kumpulan itu berusaha memperoleh margin yang baik dan yakin terdapat peningkatan pada akhir tahun ini walaupun dolar Amerika Syarikat mengukuh.
“Selain itu, kami menjangkakan pertumbuhan paling kukuh adalah dari Thailand berikutan pasaran meramalkan pemulihan yang teguh selepas pandemik,” katanya.
Beliau berkata, syarikat penerbangan itu juga berharap perniagaan kargo dan logistiknya, Teleport akan menerima kapal pengangkut khas A321F yang pertama daripada tiga, pada Julai untuk meningkatkan volum dan mempercepat penghantaran rentas sempadan di rantau ini. – Bernama
Sedia luas operasi dengan tambahan 19 pesawat A320
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Drama konflik dalaman BERSATU tarik perhatian
- Kepada MCA Dan MIC: Jangan Jolok Sarang Tebuan, Sengatannya Sangat Bisa