Menteri Israel mahu tentera bertindak lebih keras, rampas tanah penduduk Palestin
Menteri Israel mahu tentera bertindak lebih keras, rampas tanah penduduk Palestin
BAITULMUQADDIS: Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir hari ini menggesa tindakan ketenteraan lebih keras dilaksanakan terhadap pejuang Palestin di Tebing Barat yang diceroboh.
Beliau turut menggesa penduduk haram Israel memperluas petempatan mereka di kawasan yang diceroboh itu, meskipun keganasan meningkat dan pihak antarabangsa menggesa kerja pembinaan baharu ditangguhkan.
“Kami akan menyokong kamu. Larilah ke puncak bukit. Duduklah di situ,” kata Ben-Gvir.
Pemimpin berhaluan pelampau kanan dalam kerajaan pimpinan Benjamin Netanyahu itu berkata demikian ketika berucap di lokasi penempatan terpencil, satu daripada beberapa petempatan di Tebing Barat yang tidak diiktiraf negara lain.
Menurut pihak tentera, kawasan kediaman penduduk Palestin akan dirobohkan mengikut keutamaan penguatkuasaan, namun tidak mengulas lanjut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menteri Ekonomi tidak berfungsi, elok mansuhkan jawatan ,kata Sharir Samad.
- PAS Mula Menekan PPBM Dalam Pembahagian Kerusi Pada Pilihanraya Negeri
Perkembangan terbaharu itu selepas berlakunya keganasan terburuk sejak beberapa tahun lalu; yang membabitkan warga Palestin, tentera Israel dan penduduk Yahudi di Tebing Barat minggu lalu.
Bagaimanapun, Ben-Gvir menggesa tindakan lebih keras dilaksanakan.
“Kita mesti melancarkan operasi ketenteraan, musnahkan bangunan, hapuskan pengganas, bukan seorang atau dua, tapi puluhan dan ratusan dan jika perlu, ribuan.
“Ini satu-satunya cara untuk kita merampas tempat ini, memperkukuhkan pegangan kita dan memulihkan keselamatan pada penduduk,” katanya.
Kebanyakan negara menganggap kediaman Yahudi yang dibina di atas tanah yang dirampas oleh Israel pada perang 1967 sebagai haram, dengan pembinaan penempatan itu menjadi antara isu paling kontroversi di antara Israel, penduduk Palestin dan warga antarabangsa.
Pembinaan terbaharu itu berlaku susulan pengumuman Netanyahu, Rabu lalu, mengenai rancangan membina 1,000 rumah baharu di kawasan kediaman Eli, sebagai tindak balas terhadap serangan bersenjata oleh seorang penduduk Palestin di kawasan itu, yang meragut empat nyawa warga Israel. – REUTERS
Menteri Israel mahu tentera bertindak lebih keras, rampas tanah penduduk Palestin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Drama konflik dalaman BERSATU tarik perhatian
- Kepada MCA Dan MIC: Jangan Jolok Sarang Tebuan, Sengatannya Sangat Bisa